Seorang berkahwin, 2 lagi cedera, KPG terlepas dapatkan khidmat trio pertahanan muda


  • Podium
  • Rabu, 27 Dis 2023

Feroz (kanan) antara nama yang terpaksa disisihkan Pan-gon untuk Piala Asia. — Facebook/FAM

PENGENDALI skuad kebangsaan, Kim Pan-gon berharap mempunyai lebih banyak pilihan untuk membawa pemain ke kem latihan pusat Harimau Malaya.

Dengan masa semakin hampir untuk mengharungi kempen Piala Asia, Pan-gon berharap dia dapat memanggil pemain-pemain pilihannya supaya dapat membawa skuad terkuat di Qatar kelak.

Akan tetapi, pengendali dari Korea Selatan itu terpaksa melupakan hasrat untuk membawa beberapa bintang muda terutamanya dari bahagian pertahanan. Nama-nama tersebut adalah Feroz Baharudin, Sharul Nazeem dan Azam Azmi.

Ketiga-tiga pemain tersebut terpaksa disisihkan oleh Pan-gon untuk kem latihan pusat kali ini dengan Sharul dan Azam diketepikan kerana mengalami kecederaan. Dijangkakan kedua-dua pemain tersebut tidak sempat pulih sebelum Piala Asia membuka tirai pada 12 Januari 2024 kelak.

CORRECTION / Muhammad Azam Bim Azmi Muard #2 (L) and Nanda Kyaw (R) fight for the ball in Myanmar ’s 1-0 loss to Malaysia in the AFF Mitsubishi electric Cup 2022 Group match at Thuwanna Football Stadium, Yangon on December 21, 2022. (Photo by Sai Aung MAIN / AFP) / “The erroneous mention[s] appearing in the metadata of this photo by Ye Aung Thu has been modified in AFP systems in the following manner: Correction in byline. Please immediately remove the erroneous mention[s] from all your online services and delete it (them) from your servers. If you have been authorized by AFP to distribute it (them) to third parties, please ensure that the same actions are carried out by them. Failure to promptly comply with these instructions will entail liability on your part for any continued or post notification usage. Therefore we thank you very much for all your attention and prompt action. We are sorry for the inconvenience this notification may cause and remain at your disposal for any further information you may require.”

Azam (kanan) turut terpaksa disisihkan kerana kecederaan. — Agensi

Namun begitu untuk Feroz pula, keputusannya untuk mendirikan rumah tangga telah membuatkan Pan-gon tiada pilihan selain daripada menyisihkan pertahanan Johor Darul Takzim tersebut daripada senarai panggilan Harimau Malaya.

"Kami cuba dapatkan Feroz tetapi dia merancang untuk melangsungkan perkahwinan.

"Saya sangat gembira kerana semua (pemain) pilihan saya dapat, kecuali dua pemain iaitu Sharul Nazeem dan Azam Azmi kerana kecederaan," kata Pan-gon.

Dalam masa yang sama, Pan-gon berharap yang barisan pemain senior yang dipanggil dapat meminjamkan pengalaman yang ada kepada bintang-bintang muda dalam Harimau Malaya.

Perkara tersebut amat penting kerana mahu memastikan Malaysia tidak gugup dan gopoh apabila berdepan dengan himpunan bintang bola sepak Asia di Qatar kelak.

"Saya harap para pemain dapat memberikan tunjuk ajar serta menggunakan pengalaman yang ada untuk mendidik pemain-pemain muda untuk lebih tenang dan yakin.

"Berdasarkan pengalaman di kejohanan lepas, kita belajar yang tidak boleh terlalu yakin apabila turun ke padang," ujar Pan-gon.

Pan-gon dijangka mengumumkan senarai akhir skuad Harimau Malaya dalam masa terdekat dengan 26 nama akan dibawa ke Qatar.

Sebelum ini, kesemua 24 pasukan dibenarkan membawa 23 pemain sahaja namun pihak Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengubah peraturan tersebut dengan menambah slot kepada 26. — Stadium Astro

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram