Terus lakukan ‘blunder’, ramai muak dengan prestasi Rahadi


  • Podium
  • Selasa, 26 Dis 2023

Rahadi (berdiri, dua dari kanan) sekali lagi melakukan kesilapan mudah ketika berdepan China dalam aksi persahabatan pada Selasa. — Facebook/FAM

SKUAD bawah 23 tahun (B-23) Malaysia menjalani dua perlawanan persahabatan menentang China di negara Tembok Besar itu.

Dua perlawanan tersebut adalah penting kerana ia merupakan persiapan Juan Torres Garrido menjelang Piala Asia B-23 yang akan diadakan pada tahun depan.

Dalam dua perlawanan menentang skuad B-23 China, Malaysia berjaya memenangi perlawanan pertama hasil jaringan tunggal Harith Haiqal pada Sabtu lepas.

Namun begitu, momentum tersebut tidak dapat diteruskan dalam perlawanan kedua pada Selasa apabila China berjaya memperoleh kemenangan 2-1.

China terlebih dulu berada di depan hasil jaringan Du Yuezheng pada minit keenam sebelum Izwan Yuslan menyamakan kedudukan pada minit ke-35.

Namun begitu, Izwan kemudiannya dibuang padang lima minit kemudian selepas melakukan provokasi berlebihan terhadap pengadil.

414102683_1067178354355400_1805594473350957741_n

Izwan (tengah) menjaringkan gol untuk Malaysia sebelum dibuang padang. — Facebook/FAM

Pada masa kecederaan separuh masa pertama, Tao Qianglong meletakkan China di depan.

Kekalahan tersebut mungkin tidaklah begitu menyakitkan kerana ia adalah aksi persahabatan dan inilah masanya untuk segala kelemahan dibaiki.

Namun begitu, terdapat satu perkara yang membuatkan penyokong negara mula muak iaitu kesilapan mudah atau blunder daripada penjaga gol, Rahadiazli Rahalim.

Penjaga gol muda negara itu sekali lagi menjadi subjek kritikan kerana sekali lagi melakukan blunder hingga menyebabkan China berjaya menghasilkan gol.

"Penjaga gol tu tukarlah yang yakin sikit. Yang bijak buat keputusan bila nak keluar. (Ini) nak pakai teknik tumbukan padu ke apa, luculah," kata penyokong bernama Tmzul Fadli.

"Suruh penjaga gol tu balik berlatih dulu. Nasib baik bola tu tak terlepas dekat (pemain) China tadi," ujar Rahaizal Razi.

"Penjaga gol Terengganu ni (bila) main dengan Malaysia, masalah Malaysia jadinya. Haritu (masa) Liga Super dia pergi naik atas pemain Penang," komen Nizaroll Missu.

414092264_1067178497688719_6979259959028448402_n

Masih banyak kelemahan yang perlu diatasi oleh Garrido. — Facebook/FAM

Malah, ada yang terlalu kecewa dengan prestasi Rahadi yang semakin menjunam lalu mencadangkan penjaga gol tersebut pergi sambung belajar saja.

"Dua pemain yang tak patut ada dalam pasukan adalah penjaga gol dan penyerang yang kena kad merah (Izwan). Mereka boleh melemahkan semangat kawan-kawan. Sangat menyusahkan," ujar akaun bernama Agen Hartanah Bumiputera.

"Penjaga gol tu dah boleh isi borang UPU, sambung belajar dekat universiti," seloroh Mohd Saufi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram