BARU sahaja menandatangani kontrak lanjuran bersama Napoli sehingga 2026, penyerang Nigeria, Victor Osimhen dibuang padang selepas pasukan diwakilinya tewas 0-2 pada Sabtu.
Dalam perlawanan tersebut, Napoli tewas dengan keputusan 0-2 kepada Roma.
Sebelum dilayangkan kad merah, Osimhen menerima dua kad kuning selepas didapati melakukan kekerasan kepada lawannya.
Menerusi satu perkongsian video di Twitter, pengadil perlawanan tidak teragak-agak untuk melayangkan kad merah kepadanya atas kekerasan tersebut.
Lebih menarik dalam aksi tersebut, sebelum Osimhen, Matteo Politano turut dilayangkan kad merah pada separuh masa kedua.
Difahamkan, sebelum itu dibuang padang, Osimhen didakwa terlibat dalam satu pertengkaran bersama pengurus Roma, Jose Mourinho.
Mourinho juga didakwa bertengkar dengan rakan sepasukan Osimhen, Kvicha Kvaratskhelia. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram