Lepas sambar permata TFC, striker senior Sang Penyu pula jadi idaman


  • Podium
  • Ahad, 24 Dis 2023

Kehadiran pemain Sang Penyu, Nur Azfar Fikri pastinya dilihat akan membantu membuat perubahan pasukan Perak FC musim depan. — Facebook/Perakfc

PERAK FC terus mengorak langkah awal dalam memperkuatkan The Bos Gaurus (TBG) bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Baru-baru ini, skuad Seladang berjaya mendapatkan dua pemain Liga M iaitu bekas bek kiri Negeri Sembilan FC (NSFC), Tommy Mawat Bada dan pemain tengah Terengganu FC II (TFC II), Nur Azfar Fikri Azhar.

Selepas mengikat dua pemain dari skuad Jang dan Sang Penyu, kem Perak FC dikhabarkan akan menyambar satu lagi pemain yang musim ini dipinjamkan ke Kelantan United FC.

WhatsApp Image 2023-12-23 at 17.55.38

Selepas mengikat Tommy dan Nur Azfar, Perak FC mahu menyambar Faiz Nasir. — Instagram/semangatbola

Difahamkan, pemain tengah Kelantan United, Faiz Nasir akan bersama Perak untuk musim 2024 dan perkara itu dikongsikan oleh Faiz Azraie di media sosial Facebook, Perak All Star.

“Selepas tamat tempoh pinjaman bersama Kelantan United, Faiz Nasir dikhabarkan akan bersama Perak FC untuk musim 2024,” tulisnya di Facebook.

Dalam pada itu, rata-rata penyokong bersetuju dengan tindakan pihak pengurusan untuk bertindak pantas mahu menyambar penyerang Sang Penyu itu.

"Sangat berbaloi jika pasukan Perak FC berjaya membawa masuk Faiz main dengan pasukan Perak, boleh dikatakan corak permainan dia bagus dan memukau.

"Kalau confirm dapat dia, boleh letakkan dia dalam kesebelasan utama pasukan Perak FC musim depan," kata Azmi Azmi.

"Boleh try ni, penyerang berpengalaman,mesti padu,” kata Dominic Toretto.

“Pernah skor untuk team Terengganu masa lawan Perak FC final Piala Malaysia 2018, jaringan luar kotak penalti kot, confirm padu,” kata Ahmad Fadhil Izhar. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram