Pernah pamer skil di Gong Badak, fans TFC idam bintang Afrika dari kelab Filipina


  • Podium
  • Ahad, 24 Dis 2023

Ivan Mamut ketika aksi Piala AFC antara yang mencetak gol membantu TFC menewaskan Laguna pada 8 November lalu. — Facebook/AFC

KANCAH bola sepak tanah air sering dirancakkan dengan kehadiran pemain-pemain berkualiti.

Seperti yang diketahui, setiap pasukan Liga Malaysia (Liga-M) memiliki barisan pemain yang cukup berkualiti untuk menggalas tanggungjawab membantu kelab masing-masing.

Susulan Liga Malaysia (Liga M) untuk tahun 2023 sudah menutup tirai, aktiviti mendapatkan pemain baharu bagi persediaan sesebuah pasukan tidak asing lagi menjadi buah mulut penyokong tanah air.

Pastinya, kehadiran pemain baharu sama ada tempatan mahupun import dilihat mampu membantu pasukan di bahagian serangan mahupun pertahanan.

WhatsApp Image 2023-12-24 at 23.21.27

Junior Ngong Sam (jersi 33) ketika beraksi bersama Stallion Laguna berdepan TFC dalam saingan Piala AFC. — Facebook/AFC

Turut tidak mahu ketinggalan, penyokong setia Sang Penyu menerusi satu perkongsian di Facebook memberi pendapat agar pihak pengurusan Terengganu FC (TFC) perlu membawa masuk salah seorang pemain import yang dilihat mampu mengisi salah satu posisi di bahagian serangan.

"Kepada pengurusan kelab Terengganu FC , saya syorkan untuk ambik import ni , keras , laju , muda , kaki manis , cukup lengkap pakej untuk menjadi striker atau backup striker dalam saingan Liga Malaysia," tulisnya di Facebook.

Difahamkan, penyokong Sang Penyu berharap agar penyerang kelahiran Afrika, Junior Ngong Sam dapat beraksi bersama TFC musim depan.

Untuk rekod, penyerang berusia 32 tahun itu kini beraksi bersama kelab Filipina iaitu Stallion Laguna FC dan sudah mencetak tiga gol selepas lima perlawanan saingan Piala AFC.

Berikutan hantaran tersebut, rata-rata penyokong bersetuju dengan pandangan yang diutarakan oleh Awang Su di Facebook.

"Saya pun setuju, kalau tengok dia ni banyak skill, laju pun boleh tahan," kata Mohd E-one.

"Padan, dia je nampak menyerlah masa Piala AFC, Terengganu lawan Stallion Laguna, padu dia ni," kata Muhammad Izzat Ikhram.

"Sokong, dia seorang saja pun sudah kucar kacir benteng TFC hari tu," kata Sham Sol. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram