[VIDEO] 'Hormat ibu bapa kami', Zaquan Adha dedah cara TMJ ‘approach’ pemain ‘sign’ dengan JDT


  • Podium
  • Isnin, 25 Dis 2023

Zaquan (kiri) dan Aidil (kanan) bersama ibu mereka sebelum melaksanakan tugas kebangsaan.

BEKAS kapten skuad kebangsaan, Zaquan Adha Abd Razak mendedahkan pada orang ramai cara Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim mendapatkan pemain untuk menyertai Johor Darul Takzim (JDT) baru-baru ini.

Dalam program ‘podcast’ Geng Jatuh Bangun (GJB) yang dihoskan oleh bekas penjaga gol kebangsaan, Zamir Selamat turut tekun mendengar pendedahan yang dilakukan oleh Zaquan itu.

Zaquan berkata, semasa beraksi untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 2012, dia dan Aidil Zafuan memang ada dengar khabar angin TMJ nak buat pasukan iaitu Johor Darul Takzim (JDT).

"Masa itu saya tengah main dekat ATM, masa ATM itu memang kami ada jumpa dan dengar JDT, TMJ akan buat 'team'.

"Tapi masa itu, kami (Zaquan dan Aidil) tak yakin betul ke TMJ nak pegang bola?

"Jadi habis saja final (Piala Malaysia) ATM lawan Kelantan FA, kami dapat 'call' titah Tunku nak jumpa, jadi saya pergi dengan abang (Aidil Zafuan).

"Masa itu kami hormati ATM sebab tengah mewakili ATM.

"Sebab sebelum final kami ada dengar, tapi tak nak fikir sebab kena hormat dengan pasukan mana kita ada (wakili)," katanya dalam podcast GJB.

Zaquan ATM

Zaquan (kiri) mewakili ATM sebelum menyertai JDT pada 2013.

Menurut Zaquan, pada mulanya mereka tidak percaya dengan visi dan misi yang nak dilakukan TMJ pada ketika itu kerana tidak yakin kelab dari Malaysia boleh buat sepertimana JDT berada sekarang.

"Tapi mula-mulanya dengan 'plan' Tunku itu rasa macam betul ke nak buat macam ini? Visi yang dia cerita itulah terjadi sekarang.

"Jadi perancangan yang dia buat dulu itu, kau rasa dan tak 'expect' kelab dari Malaysia boleh buat macam itu.

"Pelan dan cita-cita Tunku memang besar, jadi saya dengan abang mula termenung dengan gaji yang ditawarkan itu boleh ke?

"Sebab kau tak akan jumpa tawaran macam itu dekat kelab-kelab lain. Jadi kami berfikir dan banyak kali juga kami bagi alasan," jelasnya.

Tambahnya lagi, dia dan Aidil pada mulanya memberi 1,001 alasan untuk tidak menyertai JDT, namun dedikasi dan pengorbanan dilakukan TMJ untuk membawa ibu bapa mereka minta restu menjadi titik permulaan bergelar pemain Harimau Selatan.

"Terus terang saya cakap mula-mula kami bagi alasan, untuk tidak main dengan JDT.

"Tunku cerita semua perancangan dia, selepas itu kami cakap, nak gaji seperti sekian-sekian sebab 'confirm' tak boleh dapat gaji banyak ini.

"Jadi bila sebut pasal gaji itu, tiba-tiba Tunku kata "okay jalan", sekejap sahaja "okay boleh", selepas itu kita bagi alasan lagi.

"Tak silap kita minta gaji untuk setahun untuk 'protect' kami takut tak jadi apa semua, TMJ jawab "okay boleh."

"Dah tak boleh bagi alasan, akhir sekali kami cakap dekat Tunku nak minta restu daripada mak ayah dulu.

"Tahu tak Tunku cakap apa? "Kau (pegawai) pergi ambil mak ayah dia dari Seremban, Negeri Sembilan sekarang.

"Kau rasa? Arwah bapa kita orang datang mengadap sampai dia bawa arwah mak ayah punya hormat Tunku dengan mak ayah kami sanggup pergi suruh mereka (pegawai) ambil jemput.

"Jadi kami, cakap ini 'last' kalau mak ayah restu main, kita main. bila TMJ sembang dengan arwah abah semua, arwah abah cakap 'sign' jadi kami terus 'join' JDT masa itu juga," luahnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram