[VIDEO] Kawan sejak 2016, Feroz rupanya jadi abang ipar ubi muda Perak


  • Podium
  • Ahad, 24 Dis 2023

Feroz (kiri) dan Amirul Husaini (tengah) pernah beraksi bersama di JDT II.

DENGAN sekali lafaz, pemain pertahanan Johor Darul Takzim (JDT), Feroz Baharudin selamat bergelar suami kepada wanita pilihan yang dikenali sebagai Mira Nadia, pada Jumaat.

Akad nikah pasangan itu disempurnakan oleh bapa pengantin perempuan dengan mas kahwin sebanyak RM3,000 dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup.

Difahamkan, pihak pengantin lelaki menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak pengantin perempuan.

Pemain yang kian meningkat itu dianggap sebagai antara permata buat skuad Harimau Selatan sejak mencipta debut buat pasukan utama pada 2021.

Antara rakan sepasukan yang kelihatan menghadiri majlis tersebut ialah pemain pinjaman Sri Pahang FC daripada JDT, Syazwan Andik bersama isterinya.

Feroz mencatatkan satu musim yang cukup cemerlang buat skuad Harimau Selatan, termasuk ketika membantu JDT menjuarai Piala Malaysia dengan menjaringkan gol penting.

Namun apa yang menarik tentang bidadari Feroz ialah dia merupakan kakak kepada pemain Perak FC, Amirul Husaini Zamri yang sebelum ini beraksi di JDT II.

WhatsApp Image 2023-12-24 at 1.06.27 PM

Tangkap layar Insta Story Amirul Husaini (kiri).

Menerusi laman Instagram Amirul Husaini, dia mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut kerana sudah diijabkabulkan dan bergelar suami isteri.

"Congrats kakak dan Feroz, wishing you a life time of love and happiness."

Untuk rekod, Amirul Husaini dan Feroz beraksi bersama sejak 2016 apabila kedua-dua pemain itu pernah mewakili Harimau Muda pada usia yang muda.

Di samping itu, mereka dua berjaya membantu JDT II menjuarai Liga Perdana pada musim lalu sebelum Amirul Husaini mengambil keputusan untuk berhijrah ke Perak FC. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram