[VIDEO] Dikhabarkan bakal ke JDT, tonggak Pahang Rangers pilih ke destinasi lain


  • Podium
  • Ahad, 24 Dis 2023

Sergio Jamur memainkan peranan penting ketika Pahang Rangers mencatatkan kejuaraan berganda tahun ini. — Facebook/Pahang Rangers FC

ARENA futsal tanah air dikejutkan apabila bintang utama Pahang Rangers, Sergio Jamur memilih untuk meninggalkan pasukan itu meskipun mengecapi pelbagai kejayaan bersama mereka.

Pemain yang memainkan peranan penting ketika pasukan Pantai Timur itu menjuarai Liga Perdana Futsal Malaysia (MPFL) dan Piala Malaysia Futsal 2023.

Jadi, tidak hairanlah apabila keputusan pemain kelahiran Brazil terbabit untuk meninggalkan gergasi futsal tanah air berkenaan.

Bagaimanapun, spekulasi mula timbul sejurus sahaja Jamur tidak lagi bersama Pahang Rangers apabila dia dikatakan bakal menyertai Johor Darul Takzim (JDT).

Situasi itu pastinya membawa kegusaran buat penyokong Pahang Rangers memandangkan kelab Selatan tanah air tersebut semakin menempa nama dalam arena futsal tanah air.

Namun, persoalan mengenai masa depan pemain berusia 33 tahun terbabit akhirnya terjawab setelah sebuah kelab Brazil, Jaragua Futsal mengumumkan kehadirannya Khamis lalu.

Perpindahan itu menyaksikan Jamur bakal menyertai pasukan berkenaan buat kali kedua selepas pernah mewakili mereka dari 2006 sehingga 2010.

Selain pernah menyertai Pahang Rangers dan Jaragua Futsal, pemain sayap itu juga pernah bersama beberapa kelab Brazil yang lain seperti Cortiana dan Camp Mourao.

Di samping itu, Jamur juga pernah beraksi di Sepanyol bersama Zaragoza dan Levante selain berpengalaman di China ketika bersama Zhuhai Ming Shi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram