[VIDEO] Bekas bintang PSG parah ditikam selepas parti, famili cuba sembunyikan sesuatu


  • Podium
  • Khamis, 21 Dis 2023

Lavezzi pernah beraski bersama PSG pada 2012 hingga 2016. — Agensi

BEKAS bintang Paris Saint-Germain (PSG) dan Napoli, Ezequiel Lavezzi dilaporkan mengalami kecederaan serius di bahagian perut selepas ditikam oleh ahli keluarganya baru-baru ini.

Bekas penyerang Argentina itu dikejarkan ke sebuah hospital di Uruguay selepas pihak kecemasan mendapat panggilan pada pukul 5 pagi (waktu Uruguay).

Difahamkan keluarga Lavezzi cuba menyembunyikan punca sebenar bekas pemain berusia 38 itu mengalami kecederaan tersebut daripada pihak hospital.

Menerusi laporan TYC Sports, ahli keluarga Lavezzi mendakwa bekas pemain itu mengalami kecederaan akibat berpunca daripada jatuh tangga ketika menukar lampu.

Manakala El Observador pula melaporkan Lavezzi ditikam oleh salah seorang ahli keluarga ketika berparti kerana bergaduh tentang duit.

Namun sehingga kini, pihak polis Uruguay masih belum boleh mengesahkan insiden tersebut kerana tidak mendapat laporan rasmi daripada mangsa.

"Sehingga kini tiada laporan rasmi daripada pihak hospital atau Lavezzi, keadaan semasa bekas pemain itu juga masih belum diketahui," kata pihak polis.

Menurut laporan media, Lavezzi dipercayai mengalami patah tulang selangka selepas didakwa terjatuh akibat terlanggar perabot semasa insiden itu berlaku. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram