JOHOR DARUL TAKZIM (JDT) terus tampil cemerlang dalam Malaysia selepas dinobatkan sebagai juara kali ke-10 Liga Super musim ini.
Bukan hanya menjuarai Liga Super, JDT turut merekodkan kemenangan bersih tanpa sebarang kekalahan musim ini.
JDT juga berjaya merangkul ke semua trofi kejohanan domestik sekali gus menyaksikan mereka menjadi pasukan ‘double treble’ selepas merekodkan pencapaian sama musim lalu.
Antara bintang yang menjadi tumpuan JDT pastinya Bergson da Silva dan Arif Aiman Hanapi selepas mereka antara yang cemerlang membantu Harimau Selatan.
Umum mengetahui nama Arif Aiman sudah lama menjadi tumpuan pencari bakat luar negara selepas dia menampilkan aksi konsisten sejak dua musim berturut-turut.
Musim ini, Arif Aiman berjaya meledak 18 gol dan 16 bantuan jaringan (assist) dalam 33 perlawanan bersama JDT.
Malah pemain berusia 21 tahun itu, turut mendapat perhatian penyokong peringkat Asia selepas cemerlang membantu Malaysia dan JDT di pentas Asia.
Pada Rabu, Football Talent Scout - Jacek Kulig menerusi laman X memuat naik profil Pemain Paling Bernilai (MVP) musim lalu dengan perkataan ‘Talent of the day’.
Jacek Kulig turut menyenaraikan kekuatan Arif Aiman antaranya ialah skil membawa bola, pergerakan, laju dan kreativiti.
Pencari bakat itu turt menyamakan pemain sayap JDT itu dengan bintang muda meningkat naik kelab Sepanyol, Villarreal CF, Yeremi Pinto.
Pinto hanya beraksi sebanyak 10 perlawanan bersama Villarreal selepas dia mengalami kecederaan lutut dan terlepas semua baki saingan liga musim ini.
Manakala Arif Aiman pula dijangka mengekalkan statusnya sebagai MVP Liga Malaysia yang dimenanginya musim lepas selepas sekali lagi tampil luar biasa musim ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram