Nazmi Faiz Mansor spam IG Story dengan ‘LOL’ lepas list call up, netizen tertanya-tanya


  • Podium
  • Rabu, 20 Dis 2023

Pada musim lalu, Nazmi berjaya mendapat tempat dalam skuad perlawanan sebanyak 23 kali daripada 27 perlawanan. — Instagram/nazmifaizmansor

PADA Selasa, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan senarai 26 pemain yang dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat bermula 26 Disember ini.

Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon pastinya sudah membuat penilaian mengenai pemain yang bakal dibawa menjelang kempen Piala Asia 2023.

Antara nama yang mencuri tumpuan penyokong tanah air ialah penyerang naturalisasi baharu, Romel Morales yang turut dipanggil oleh FAM.

Kehadiran pemain Kuala Lumpur (KL) City FC itu pastinya akan membantu memperkuatkan jentera serangan Harimau Malaya.

WhatsApp Image 2023-12-20 at 15.08.11

Tangkap layar hantaran tersebut di Instagram. — Instagram/nazmifaizmansor

Namun, di sebalik kegembiraan penyokong bola sepak menerima kehadiran Romel dalam skuad kebangsaan, timbul tanda tanya mengenai satu hantaran di media sosial pemain tengah, Johor Darul Takzim (JDT), Nazmi Faiz Mansor.

Menerusi satu perkongsian di Instagram peribadinya, hantaran Nazmi sempat mencuri tumpuan penyokong.

Difahamkan, tidak lama selepas FAM mengeluarkan senarai 26 pemain skuad kebangsaan di Facebook, Nazmi turut memuat naik postingan tersebut.

"Loooool," tulisnya di Instagram.

Berikutan hantaran tersebut, penyokong mendakwa Nazmi Faiz tidak berpuas hati susulan namanya tiada dalam skuad Harimau Malaya ke Piala Asia.

Sebelum ini, Nazmi merupakan pemain tengah regular yang sering dipanggil dalam skuad kebangsaan.

Namun, kekurangan minit permainan dan selalu dipinggirkan daripada skuad JDT ketika ini memadam peluangnya untuk kembali beraksi bersama Harimau Malaya.

Untuk rekod, kali terakhir Nazmi menyarung jersi kebangsaan adalah pada 25 September 2022 ketika skuad Harimau Malaya berdepan Tajikistan dalam aksi persahabatan antarabangsa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram