[VIDEO] Tewas berdepan Indonesia, Irfan Fazail akui kekalahan berpunca dari kesilapan diri sendiri


  • Podium
  • Selasa, 19 Dis 2023

Barisan pemain Harimau Muda ketika perlawanan Sukan SEA 2013 yang tewas ditangan Indonesia. — Agensi

KEGAGALAN sepakan pertama dan kedua oleh Malaysia menutup ruang Malaysia ke perlawanan akhir dan mempertahankan pingat emas Sukan SEA 2013.

Tamparan buat skuad Datuk Ong Kim Swee ketika itu kerana harapan rakyat Malaysia sudah tentu mengharapkan emas buat pasukan bola sepak.

Berikutan kekalahan tersebut, riak wajah kapten Harimau Muda, Mohd Irfan Fazail seperti meluahkan segala terbuku di hati apabila dia terdiam seketika selepas gagal mempertahankan pingat emas buat negara.

Pasukan kendalian Datuk Ong Kim Swee ketika itu tewas 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti kepada Indonesia berikutan kedudukan kekal 1-1 selepas masa tambahan di Stadium Zeyar Thiri, Myanmar.

Irfan dilaporkan berkata, pasukan itu berjaya menyamakan kedudukan selepas ketinggalan 0-1 tetapi mereka tidak bernasib baik kerana tidak mematikan permainan selepas itu.

Tambahnya ketika itu, kedua-dua pasukan bermain dengan baik dan mempunyai peluang untuk menamatkan perlawanan pada masa permainan tetapi ia tidak berlaku.

Malah, Irfan dilaporkan berkata, rakan sepasukannya sudah melakukan yang terbaik namun nasib tidak menyebelahi kepada mereka.

Mengulas prestasi sendiri ketika itu, pemain kelahiran Pontian itu dilaporkan berkata, dia mengakui terlalu banyak kesilapan yang dilakukan olehnya dalam perlawanan tersebut.

Tambahnya lagi, corak permainan yang ditampilkan oleh pasukan Indoensia sangat laju dan sukar untuk mengikuti rentak mereka ketika itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram