BEKAS penyerang Madura United FC, Junior Brandao dikhabarkan bakal berhijrah ke Liga Malaysia (Liga M) untuk menyertai pasukan Kedah Darul Aman (KDA) FC pada jendela perpindahan nanti.
Kelebihan yang dimiliki oleh penyerang berusia 28 tahun itu memberikan peluang kepada skuad Sang Kenari untuk terus melakar kejayaan dalam bola sepak tanah air musim depan.
Hal ini kerana, bekas penyerang Madura United FC itu sudah mencetak 14 jaringan selepas 24 perlawanan Liga 1 Indonesia musim ini.
Junior Brandao dilihat calon terbaik memperkuatkan lagi jentera serangan Sang Kenari musim depan. — Agensi
Khabar angin mengenai perpindahan pemain kelahiran Brazil ke negeri Jelapang Padi itu menjadi bualan hangat di laman sosial berikutan beberapa tonggak KDA FC mula angkat kaki.
Lebih menarik lagi, Brandao juga disebut-sebut bakal menyarung jersi keramat Baddrol Bakhtiar iaitu nombor 7 selain dilihat akan membantu bahagian serangan Sang Kenari.
Memiliki ketinggian 1.87 meter itu pastinya suatu kelebihan buat Sang Kenari kerana boleh mendatangkan masalah buat pasukan pertahanan lawan.
Bagaimanapun, hasrat penyokong Sang Kenari mungkin sekadar bersifat khabar angin memandangkan penyerang berketinggian 1.87 meter itu sudah pun menandatangani kontrak bersama Bhayangkara FC untuk musim depan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram