PEMILIK Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan gergasi Lembah Klang, Selangor FC tidak akan dapat bermain di kejohanan Asia kalau bukan kerana kecemerlangan skuad Harimau Selatan.
Hal ini kerana, kecemerlangan JDT dalam merangkul segala piala domestik pada musim 2023 telah membantu Selangor secara tidak sengaja untuk dapatkan tempat di kejohanan Asia pada 2024/2025.
InstaStory TMJ pada Rabu
Di InstaStory pada Rabu, TMJ secara terbuka mengatakan kejayaan Selangor mara ke Asia adalah kerana ihsan JDT. Malah, pemilik Harimau Selatan itu mengharapkan rekod hebat dilakar JDT dapat dipecahkan Gergasi Merah.
Faisal Halim antara watak yang bawa Selangor ke Asia. — Facebook/MFL
"Tolonglah break rekod ini. Presiden FAM orang Selangor, exco majoriti termasuk Datuk Shahril Mokhtar orang Selangor dan dalam FAS, Head of Referee Datuk Sundra orang Selangor. Raja Muda Selangor (beri) 45 juta setahun. Kerajaan bantu dan lapan tahun masih tiada piala.
"Qualified Asia tournament pun kerana JDT menang semua piala. Kalau tak, tak merasa. Jadi nasihat saya, kepada yang ada ada, fokus kepada kelab sendiri dan cukup cukuplah nak perbandingan, tuduh sini sana tak berhenti henti.
"Kami dah terlampau jauh dengan rekod-rekod yang kami pecahkan dan mencipta rekod yang baru. Ingatlah wahai sahabatku, ALLAH sentiasa membantu dan berkati orang atau pihak yang benar.
"Rezeki yang dikurniakan ini bukan secara kebetulan tetapi telah dirancang oleh Yang Maha Esa. When you have good intention, you are always blessed," kata TMJ. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram