Ariff Farhan, 2 bintang muda bakal tinggalkan Kedah, dengarnya sudah dalam pelan Aidil Sharin


  • Podium
  • Khamis, 14 Dis 2023

Sekurang-kurangnya tiga bintang Kedah disebut-sebut bakal memperkuatkan The Cats musim depan. — Facebook/Kuchingcityfc

MUSIM Liga Super untuk tahun 2023 semakin menemui titik penamat, jadi tidak hairanlah jika ada aktiviti memburu pemain baharu bagi persediaan sesebuah pasukan.

Dari berita perpindahan kelab di Utara tanah air sehingga pasukan berpangkalan di Borneo, ada sahaja desas-desus yang singgah di setiap media sosial penyokong.

Susulan berita perpindahan tersebut, kem pasukan Kedah Darul Aman (KDA) FC dikejutkan dengan khabar kurang gembira apabila akan kehilangan beberapa pemain dalam skuad tersebut musim depan.

Amirul

Amirul Hisyam atau mesra dengan panggilan Worm antara nama yang disebut-sebut bakal meninggalkan KDA FC musim depan. — Facebook/KDA FC

Dalam pada itu, terdapat desas desus mengatakan bahawa beberapa pemain Sang Kenari dikhabarkan akan berhijrah ke pasukan yang berpangkalan di Borneo iaitu Kuching City FC.

Antara nama yang disebut-sebut ialah pemain tengah, Fadzrul Daniel; bek versatil, Ariff Farhan Md Isa dan Amirul Hisyam Awang Kechik.

Sebelum ini, terdapat juga khabar angin yang mengatakan bahawa Ketua Jurulatih Kuching City, Aidil Sharin Sahak mahu membawa masuk beberapa pemain KDA FC.

Sudah pastinya kemasukan pemain-pemain tersebut dilihat mampu memperkuatkan jentera serangan dan barisan pertahanan skuad The Cats.

Untuk rekod, Aidil dilantik menjadi pengendali skuad The Cats pada Ogos lalu bagi menggantikan Irfan Bakti Abu Salim yang meninggalkan jawatan itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram