Ong Kim Swee 'pecah lubang', tonggak tengah Sabah FC sah kekal hingga 2026


  • Podium
  • Rabu, 13 Dis 2023

Sebahagian sesi latihan barisan pemain Sabah FC menjelang perlawanan berdepan PSM Makassar. — Facebook/Sabahfc

KETUA Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee berharap tonggak Sang Badak tidak terganggu dengan tawaran-tawaran luar sambil memberi amaran bahawa mereka masih mempunyai misi untuk diberikan tumpuan.

Pengendali itu telah mempersiapkan anak buahnya untuk mengharungi perlawanan getir yang mampu memnentukan nasib mereka ke separuh akhir Piala AFC.

"Selepas dua perlawanan ini, saya akan berbincang dengan pengurusan tertinggi pasukan. Kami harus terima segala dana yang diberikan dan apa yang harus dilakukan pada musim depan.

"Saya percaya pemain tahu keperluan Sabah FC demi kebaikan bola sepak," katanya sambil berseloroh bahawa ketua pasukan, Park Tae-su, masih mempunyai kontrak selama tiga tahun bersama pasukan yang berpangkalan di Borneo itu.

WhatsApp Image 2023-12-13 at 16.04.46

Park Tae-su (kanan) masih mempunyai kontrak tiga tahun bersama Sabah FC. — Facebook/Sabahfc

Pemain import kelahiran Korea Selatan itu turut menyuarakan kepentingan untuk memberi fokus sepenuhnya kepada dua baki perlawanan terakhir mereka tahun ini.

"Perlawanan terakhir ini penting buat kami selain mahu merebut tempat ketiga dalam saingan Liga Super.

"Jadi esok kami mahu kekalkan momentum berdepan PSM Makassar," kongsinya.

Sabah FC akan menerima kunjungan daripada wakil kelab Indonesia, PSM Makassar bagi perlawanan akhir Kumpulan H dalam saingan Piala AFC. — Stadium Astro

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram