Selangor & TFC boleh kejarkan 4 pemain kacukan Malaysia di Belanda kuatkan pertahanan kanan


  • Podium
  • Rabu, 13 Dis 2023

Mats Deijl antara pertahanan kanan berpangkalan di Belanda yang boleh disasarkan Selangor dan Terengganu. — Agensi

SELANGOR FC telah berjaya mengesahkan tempat ke saingan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) apabila mengesahkan kedudukan kedua dalam Liga Super.

Namun begitu, mereka masih perlu menguatkan barisan pertahanan mereka terutamanya pertahanan kanan yang dilihat tidak mempunyai banyak pilihan selain Quentin Cheng.

Sementara Terengganu FC juga perlu mencari pertahanan kanan baharu selepas Azam Azmi, memilih untuk meninggalkan pasukan dengan berhijrah ke Selatan Malaysia.

Di Belanda, terdapat sekurang-kurangnya empat pemain pertahanan kanan yang mempunyai kacukan Malaysia boleh dipertimbangkan oleh Selangor dan Terengganu. Lebih menarik, tiga daripada empat nama itu adalah berstatus 'ubi' atau pemain muda.

Dalam analisis ringkas Majoriti kali ini, kita akan merungkai siapakah empat nama tersebut yang boleh dipertimbangkan oleh kedua-dua pasukan:

1. Noah Leembruggen

Leembruggen merupakan pemain berusia 18 tahun yang kini beraksi bersama-sama skuad bawah 18 tahun (B-18) PEC Zwolle dalam saingan divisyen dua bagi peringkat umur tersebut.

Beraksi sebagai pemain pertahanan kanan semula jadi, Leembruggen bagaimana pun tidak boleh beraksi di posisi lain seperti pertahanan tengah atau kiri.

gesser

Leembruggen pernah berada dalam sistem pembangunan Ajax Amsterdam. — Agensi

Kini beraksi dalam Liga B-18 Divisyen 2 Belanda bagi musim luruh, Leembruggen setakat ini cuma melakukan satu penampilan buat kelabnya.

Jika Selangor dan Terengganu cuba membawanya ke Liga Super, mereka perlu melakukan lebih scouting supaya dapat melihat lebih jelas kualitinya.

2. Mats Deijl

Dalam kalangan empat nama yang disebutkan dalam artikel ini, Deijl merupakan pemain paling tua iaitu berusia 26 tahun.

Namun begitu, Deijl mempunyai kelebihan berbanding tiga nama lain apabila telah beraksi dalam saingan utama Belanda iaitu Eredivisie bersama-sama Go Ahead Eagles.

Musim ini, Deijl beraksi sebanyak 15 kali untuk kelabnya dalam saingan liga dan bermain setiap minit tanpa gagal. Lebih menarik, dia cuma mengutip dua kad kuning menjadikan Deijl seorang pertahanan berdisiplin.

DEVENTER, Stadium De Adelaarshorst, 19-03-2022 , season 2021 / 2022 , Dutch Eredivisie. GA Eagles player Mats Deijl celebrating the goal scored 3-0 during the match Go Ahead Eagles - Cambuur

Deijl boleh beraksi di pelbagai posisi termasuklah sayap kanan. — Go Ahead Eagles

Lebih menarik, Deijl adalah seorang pemain utiliti. Selain pertahanan tengah, dia juga boleh bermain di bahagian pertahanan tengah sebelah kiri dan kanan serta sayap kanan.

Deijl dinilaikan pada para RM3.5 juta (€700 ribu). Selangor dan Terengganu mungkin perlu pecahkan tabung untuk dapatkannya.

3. Dylan van Wageningen

Beraksi untuk Sparta Rotterdam, Van Wageningen merupakan sebahagian daripada skuad B-21 kelab itu yang bermain dalam saingan divisyen tiga Belanda.

Berusia 20 tahun, pemain pertahanan kanan itu turut boleh beraksi di pertahanan tengah dan telah melakukan 12 penampilan bersama skuad B-21 Sparta Rotterdam sambil mencatatkan satu bantuan gol.

Dinilaikan pada jumlah RM126 ribu (€25 ribu), ia adalah salah satu pilihan kos rendah untuk kedua-dua pasukan.

dylan

Van Wageningen beraksi untuk salah sebuah kelab utama Belanda iaitu Sparta Rotterdam. — Agensi

4. Joshua Rawlins

Pemain dari Australia itu merupakan sebahagian daripada skuad B-23 negara tersebut serta pernah mewakili pelbagai peringkat umur pasukan remaja negaranya.

Beraksi untuk skuad B-21 FC Utrecht, Rawlins merupakan sebahagian daripada pasukan yang bermain di saingan divisyen dua negara tersebut.

Perth's defender Joshua Rawlins (L) passes the ball as he is closed down by Ulsan's forward Bjorn Maars Johnsen during the AFC Champions League group F football match between Australia's Perth Glory and Korea's Ulsan Hyundai on November 24, 2020, at the Education City Stadium in the Qatari city of Ar-Rayyan. (Photo by KARIM JAAFAR / AFP)

Rawlins pernah beraksi untuk Perth Glory di Australia. — Agensi

Seperti Van Wageningen, Rawlins sememangnya boleh beraksi di bahagian pertahanan kanan sambil mampu bermain sebagai pertahanan tengah sebelah kiri dan kanan.

Dinilaikan pada harga RM1.7 juta (€350 ribu), Rawlins antara prospek baik untuk Selangor dan Terengganu cuba dapatkan sebagai pelaburan masa depan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram