PENGENDALI Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner, mendedahkan Ivan Mamut dan Azam Azmi Murad tidak menjalani latihan bersama pasukan menjelang aksi Piala AFC bertemu Bali United pada Rabu.
Terengganu FC terpaksa akur dengan kekalahan di pentas final Piala Malaysia, tewas 3-1 kepada Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur Jumaat lalu.
Mereka kembali ke gelanggang keramat, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu bagi melengkapkan perlawanan peringkat kumpulan Piala AFC bertemu Bali United dengan misi kemenangan besar menjadi sasaran utama bagi memastikan tempat ke peringkat berikutnya, lapor Stadium Astro.

Tomislav Steinbruckner.
Menerusi sidang media pra perlawanan, Steinbruckner berkata, "Ivan tidak menjalani latihan bersama pasukan, dia perlu mendapatkan rawatan mengenai masalah yang dihadapi ketika ini.
"Azam memiliki kecederaan berulang di bahagian lutut, dia bersama pakar perubatan pasukan skuad kebangsaan bagi mengenal pasti tahap kecederaan yang dialaminya.
"Mengenai masalah penggantungan, semua pemain yang tersedia bakal diturunkan.
"Setiap perlawanan adalah penting, kami akan cuba menamatkan saingan peringkat kumpulan tanpa merekodkan sebarang kekalahan, dan berusaha untuk mendapatkan kemenangan ketika berdepan Bali United." — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
