[VIDEO] JDT samai rekod 'double treble' Kedah, fans TFC tak puas hati prestasi pengadil


  • Podium
  • Jumaat, 08 Dis 2023

Antara aksi perlawanan di antara JDT dan TFC pada Jumaat. — Shah Amirul

JOHOR Darul Takzim (JDT) merekodkan 'double treble' selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) dengan keputusan 2-1 dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur pada Jumaat.

Permukaan padang yang tidak begitu sempurna di SNBJ tidak menghalang JDT untuk mendakap piala keempat musim ini selepas berjaya menjuarai Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia.

JDT bermula garang menerusi penalti kontroversi selepas Fernando Forestieri dijatuhkan oleh pertahanan Terengganu FC.

Tidak mahu ketinggalan, TFC terus mengasak kubu pertahanan Harimau Selatan sehinggalah Ivan Mamut berjaya meloloskan diri pada minit ke-18 yang memaksa Jordi Amat menjatuhkannya dalam kawasan kotak penalti.

Ivan Mamut menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti sekali gus mengembalikan moral pemain-pemain TFC sehingga tamat separuh masa pertama.

WhatsApp Image 2023-12-08 at 10.21.53 PM

Ivan Mamut menjaringkan gol buat Terengganu FC. Shah Amirul

Bersambung babak kedua perlawanan, JDT melakukan beberapa pertukaran selepas anak-anak buah Esteban Solari tidak dapat meneruskan permainan akibat kecederaan.

Ternyata kemasukan Feroz Baharudin yang menggantikan Shane Lowry berjaya memecahkan kebuntuan JDT menerusi tandukan tinggi pada minit ke-72 permainan.

TFC mahu bangkit dengan mula menyerang ke kubu pertahanan Harimau Selatan sehinggakan banyak layangan kad kuning dikeluarkan oleh pengadil perlawanan.

Namun misi kebangkitan TFC hancur selepas Arif Aiman merembat deras menerusi jaringan penalti selepas dijatuhkan Shahrul Nizam pada minit ke-92 permainan.

Dengan jaringan itu, JDT dinobatkan sebagai juara Piala Malaysia dua kali berturut-turut sekali gus menyamai rekod Kedah Darul Aman FC pada 2007/2008 yang menjuarai 'double treble'.

Keputusan kekal 3-1 sehingga wisel penamat ditiupkan oleh pengadil perlawanan.

Kemenangan JDT ternyata tidak disenangi oleh penyokong Terengganu yang mendakwa pengadil tidak melakukan tugas dengan baik dalam perlawanan akhir itu.

"Tak perlu main kalau lawan JDT, dengan padang dan pengadil macam itu," kata Po Yie.

"Pengadil berat sebelah, JDT menang dengan bantuan pengadil," jelas Mohd Najmi Hakim.

"Pengadil berat sebelah, Jordi Amat kebal daripada kad merah," luah Shaminviron Sham.

"Patut awal-awal permainan tadi kena kad merah pemain JDT," ujar Zack Mohd. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram