Kelibat penyodok jadi tumpuan final Piala Malaysia, fans bimbang padang SNBJ terjejas akibat hujan


  • Podium
  • Jumaat, 08 Dis 2023

Permukaan padang yang rosak boleh menyebabkan kecederaan kepada pemain kedua-dua pasukan.

PENYOKONG Johor Darul Takzim (JDT) dan Terengganu FC (TFC) mula bimbang dengan permukaan padang selepas hujan lebat mula membasahi venue perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur pada Jumaat.

Walaupun pelbagai usaha sudah dilakukan oleh Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) untuk memperbaiki permukaan padang yang rosak akibat penganjuran konsert Music Of The Spheres World Tour (MOTSWT) oleh kumpulan muzik Coldplay.

Sejak gambar tular pada Isnin lalu, keadaan padang yang rosak bahagian tengah dijangka mengganggu tempo permainan kedua-dua pasukan nanti.

Lebih parah, cuaca sekitar Bukit Jalil bertambah buruk apabila hujan lebat mula turun sejak pukul 6 petang.

Dalam media sosial, penyokong kedua-dua pasukan jelas menunjukkan kerisauan dengan permukaan padang yang boleh menyebabkan pemain-pemain kedua-dua pasukan mengalami kecederaan.

"Memang rosak padang SNBJ, Kuala Lumpur tengah hujan lebat sekarang ini," kata @Libec.

"Cuaca hujan, macam mana agaknya keadaan padang SNBJ untuk perlawanan akhir malam ini (Jumaat)," jelas @ZarifRaziq.

"Hujan lebat teruk dekat SNBJ sekarang ini, makin rosak padang," luah @Shahirazmi.

WhatsApp Image 2023-12-08 at 7.07.07 PM

Keadaan permukaan padang ketika hujan lebat di SNBJ.

Apa yang membimbangkan ialah sekiranya perlawanan final itu dijangka berlangsung dalam keadaan hujan yang sekali gus akan menyebabkan berlaku kerosakan yang lebih teruk kerana seperti ‘becak’.

Sebelum ini, PSM pernah mengambil inisiatif untuk mengeluarkan air takungan di atas permukaan padang dengan menggunakan penyodok sehingga mendapat liputan luas media antarabangsa ketika perlawanan melibatkan Harimau Malaya menentang Bahrain pada tahun lalu.

Pada Khamis, PSM memohon maaf pada saat akhir buat kedua-dua pasukan JDT dan TFC kerana gagal menyediakan padang pada tahap piawaian seperti yang sepatutnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram