BEKAS penyerang Johor Darul Takzim, Mohd Safee Sali berpendapat kapten Harimau Selatan wajar dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan selepas menjatuhkan Ivan Mamut dalam kotak penalti pada minit ke-18 perlawanan.
Safee Sali merasakan tindakan Jordi Amat itu memang wajar diberikan penalti dan dilayangkan kad merah kerana situasi tersebut mempunyai peratusan gol yang sangat tinggi.
"Saya rasa yang kedua wajib diberikan penalti kerana itu adalah satu tindakan yang betul-betul Ivan Mamut boleh menjaringkan gol.
"Satu lagi tindakan yang boleh dipersoalakan kerana Jordi Amat ialah pemain terakhir yang mematahkan Ivan Mamut untuk menjaringkan gol.
"Ia seharusnya ada layangan kad merah yang patut dilayangkan kepada Jordi Amat," katanya semasa rehat separuh masa kedua perlawanan.
Tambahnya lagi, dia pelik dengan tindakan pengadil yang memberikan penalti kepada JDT tanpa sentuhan yang keras seawal minit kelima permainan.
"Penalti itu sangat 'soft' untuk diberikan, baru lima minit perlawanan pengadil harus membuat gerakan yang lebih rasional kerana permainan baru mula.
"Tindakan dan jatuhan itu terlalu 'soft' saya rasa benda itu tidak sepatutnya diberikan penalti," jelasnya.
JDT dan TFC terikat dengan keputusan 1-1 pada aksi separuh masa pertama, kedua-dua gol dihasilkan menerusi sepakan penalti.
Bagaimanapun, JDT berjaya menjulang Piala Malaysia buat kali kedua berturut-turut selepas menamatkan perlawanan dengan kemenangan 3-1 hasil jaringan Bergson, Feroz Baharudin dan Arif Aiman. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram