SELEPAS hampir empat bulan melakukan 'debut' pertama tanpa menggunakan nama Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), EA Sports FC 24 (FC 24) mendapat sambutan hangat dalam kalangan peminat setia permainan itu.
Bagi yang tidak tahu apa itu FC 24, ia sebuah permainan video yang nyata dalam 'The World's Game' dalam menampilkan perlawanan, kelab dan bintang ternama dalam sukan bola sepak.
Permainan ini memiliki lebih 19,000 pemain yang bermain untuk lebih 700 pasukan di lebih 100 stadium dan 30 liga.
Selain itu edisi FC 24 itu juga memperkenalkan hypermotion V iaitu mengambil data 180 pemain yang bermain di atas padang dan dikumpulkan untuk menghasilkan permainan itu.
Akmal masih kekal dengan JDT Esports untuk musim baharu.
Pemain JDT Esports, Ahmad Akmal, 21, berasakan FC 24 masih belum sempurna dah sedikit perlahan tetapi percaya ia akan ditambah baik selepas dikemas kini oleh EA Sports.
"FC 24 agak perlahan tetapi kami sentiasa mengalami perkara itu pada setiap tahun, macam contoh bila mula 'game' dia akan rasa perlahan, tapi selepas dah 'update' sikit-sikit dia akan jadi 'game' yang lagi laju dan lancar.
"Sekarang ini FC 24 lebih teknikal dan kalau nak buat serangan itu kena betul-betul ambil masa tapi saya teruja untuk tengok perkembangan FC 24 tahun ini," katanya kepada Majoriti.
Menurut Akmal, dia memerlukan selama sebulan untuk menyesuaikan diri dengan sistem baharu FC 24 kerana agak sukar kerana tiada kejohanan pada awal musim ini.
" Saya memerlukan sebulan lebih untuk menyesuaikan diri sebab awal musim ini tak banyak kejohanan.
"Jadi saya hanya boleh 'test' skil dengan kawan-kawan sebab persediaan dan 'setting' pertandingan dan latihan itu sangat berbeza," ujarnya.
Akmal pernah membawa JDT Esports ke FIFAe Club World Cup 2023.
Tambahnya lagi, untuk musim ini Akmal mahu membawa JDT Esports pergi lebih jauh selepas berjaya layak ke pentas dunia pada musim lalu.
"Musim lepas kami layak untuk FIFAe Club World Cup 2023 di Riyadh, Arab Saudi jadi untuk musim depan mereka (pihak pengurusan) mensasarkan untuk pergi lebih jauh.
"Tapi kami (pemain) masih belum tahu eko-sistem musim ini macam mana untuk ke semua format kejohanan.
"Sasaran saya untuk jadikan JDT antara pasukan terbaik e-sukan yang ada dalam dunia," ujarnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram