[VIDEO] Adik 'Orang Besi' antara 2 calon import cipta semula jelmaan Dickson Nwakeme-Matias Conti di Pahang


  • Podium
  • Jumaat, 08 Dis 2023

Conti (kiri) dan Nwakaeme (kanan) antara gandingan berbisa yang pernah ada dalam sejarah bola sepak Pahang.

SRI PAHANG FC pastinya mahu bangkit pada musim depan selepas prestasi pasukan dari Pantai Timur itu tidak cukup memberangsangkan dengan kejayaan yang dibawanya sebelum-sebelum ini.

Musim ini, Sri Pahang mendapat suntikan tambahan daripada Johor Darul Takzim (JDT) selepas mereka meminjamkan tiga pemain iaitu Syazwan Andik, Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham dan Izham Tarmizi Roslan.

Namun ia tidak cukup untuk membantu Sri Pahang berada dalam kelompok empat terbaik selepas menduduki tangga kelima Liga Super musim ini.

Sebelum ini, Bola Pegun pernah menembual ketua jurulatih Sri Pahang, Fandi Ahmad yang mana beliau mendedahkan perbualan diantara Datuk Dollah Salleh baru-baru ini.

Pengurus pasukan, Dollah Salleh, pernah berkongsi pandangan beranggapan Sri Pahang FC musim ini adalah ‘barisan yang biasa-biasa’ jika dibandingkan dengan skuad juara Piala Malaysia 2014 yang memiliki gandingan Dickson Nwakaeme-Matias Conti di barisan serangan dan Damion Stewart mengemudi pertahanan.

Dengan itu, Majoriti senaraikan dua pemain yang boleh menjadi jelmaan semula gandingan Dickson Nwakaeme-Matias Conti bersama Sri Pahang FC pada musim depan:

1. Anthony Nwakaeme

Pastinya kesemua pasukan Sri Pahang hanya mengenali Dickson Nwakaeme yang merekodkan 23 jaringan bersama Tok Gajah sejak mewakili pasukan itu pada 2014.

Tapi tahukan anda, Dickson mempunyai seorang adik iaitu Anthony Nwakaeme yang kini masih aktif beraksi untuk kelab Arab Saudi, Al-Fayha.

Beraksi di posisi sayap kanan, Anthony turut boleh diturunkan sebagai penyerang tunggal kerana larian pantas serta fizikal yang sangat kuat sama seperti Dickson.

Musim ini Anthony sudah pun menjaringkan lima gol serta satu assist dalam 16 perlawanan terakhir bersama Al-Fayha.

Karier pemain berusia 34 tahun itu lebih menyerlah di Eropah selepas berpengalaman beraksi di Liga Romania, Liga Israel dan Turki sebelum menyertai Al-Fayha.

2. Steven Rodriguez

Musim lalu, kehadiran penyerang kelahiran Colombia, Steven Rodriguez serba sedikit menghidupkan tahun yang suram buat Sri Pahang FC.

Dia yang tiba ketika pertengahan musim mengejutkan ramai pihak apabila tidak menunggu lama untuk menyesuaikan diri dalam skuad Tok Gajah.

Dalam lima perlawanan awal dalam Liga Super, penyerang berkenaan sudah menjaringkan tiga gol dengan kesemuanya menyumbang kemenangan buat pasukan berkenaan.

Memasuki penghujung musim, Rodriguez sudah merekodkan sembilan gol dalam hanya 13 penampilan meskipun kelab berkenaan mempunyai masalah prestasi di atas padang.

Walaupun muncul sebagai antara watak utama Tok Gajah dan cukup digemari oleh penyokong, penyerang berusia 24 tahun itu memilih untuk tidak menyambung kontraknya supaya dia kekal di kelab Pantai Timur itu.

Kini, Rodriguezyang turut dikenali sebagai Titi masih diberikan peluang untuk keluar secara pinjaman apabila menyertai kelab Liga Colombia, Alianza Petrol.

Bagaimanapun, dengan status liga berkenaan lebih mencabar berbanding Liga Malaysia, penyerang bertubuh sasa itu hanya menjaringkan lapan gol daripada 25 penampilan.

Menurut kontrak di laman sesawang Transfermarkt, pemain dengan ketinggian 1.77 meter itu terikat dengan kelab berkenaan sehingga Disember 2023. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram