BEKAS pemain import Johor Darul Takzim (JDT), Juan Martin Lucero mencipta sejarah baharu dalam Liga Brazil apabila menjadi duri dalam daging buat Santos FC turun divisyen kedua selepas 111 tahun berada di Serie A.
Dalam perlawanan itu, Lucero yang mewakili Fortaleza Esporte Clube menjaringkan gol pada minit ke-90+7 dari jarak jauh sekali gus membuatkan seluruh penyokong tuan rumah (Santos) menangis.
Santos yang melahirkan banyak bintang Brazil seperti Pele dan Neymar turun divisyen kedua Serie B selepas tewas 1-2 kepada Fortaleza.
Musim ini, Lucero sudah menjaringkan 21 gol dan lima 'assist' dalam 59 penampilan bersama Fortaleza.
Lucero sebelum ini pernah beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M) dengan menyertai JDT pada 2016 dan menjadi antara penyerang import terbaik pada musim tersebut.
Gandingannya bersama Jorge Pereyra Díaz berjaya membantu JDT menjuarai Liga Super, Piala FA dan Piala Sumbangsih.
Pemain berusia 32 tahun itu, turut menjadi antara penjaring terbanyak JDT dengan meledak 16 gol dalam 22 perlawanan bersama Harimau Selatan.
Tetapi Lucero hanya bertahan selama satu musim selepas kelab Mexico, Club Tijuana membelinya dari JDT dengan nilai perpindahan lebih RM12 juta menurut laporan Transfermarkt. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram