DENGAN prestasi yang tidak menentu serta pelbagai drama luar padang terhasil, Manchester United harus melakukan sesuautu bagi menyelamatkan musim mereka.
Dengan isu melibatkan pengurus Erik ten Hag dengan para pemain semakin serius, terdapat pula beberapa nama akan dilepaskan kelab pada jendela perpindahan Januari kelak.
Kelab English Premier League (EPL) tersebut dilaporkan bersedia untuk melepaskan tiga pemain ternama termasuklah seorang pemenang Piala Dunia bersama Perancis.
Menurut laman SportBible, United dilaporkan bersedia untuk melepaskan Jadon Sancho, Rapahel Varane serta Casemiro pada Januari kelak.
Sancho yang masih lagi terlibat dalam isu pergaduhan dengan Ten Hag, menjadi pemain tidak popular pengurus tersebut dan sedia untuk disingkirkan dari Old Trafford.
Pemain sayap England itu sudah telah dipinggirkan oleh Ten Hag sejak beberapa bulan dengan Sancho disuruh berlatih sendiri sambil tidak dibenarkan masuk ke fasiliti milik skuad utama.
Jadon Sancho memang tidak digemari oleh Erik ten Hag. — Agensi
Sementara Varane pula, kekurangan minit permainan nyata mengecewakan pemain tersebut dengan dia turut bakal disingkirkan oleh United.
Varane kini tidak lagi menjadi pilihan dengan Ten Hag lebih memilih Harry Maguire dan Victor Lindelof di posisi pertahanan tengah.
Sejak Ten Hag lebih menggunakan Maguire berbanding Varane, pertahanan tersebut telah berjaya dipilih sebagai pemain terbaik bulanan EPL untuk bulan November.
Bagi Casemiro pula, dia yang kini mengalami kecederaan dan tidak boleh beraksi sekurang-kurangnya sehingga Krismas, mahu mencari kelab baharu.
Pemain berusia 31 tahun itu dikatakan bersedia untuk berkelana di kelab baharu dalam usaha mendapatkan cabaran lain dalam fasa akhir kariernya.
Untuk rekod, ketiga-tiga pemain ini merupakan bintang paling mahal gajinya dibayar United. Dengan pelbagai isu menyelubungi mereka, adalah wajar United membuka pintu keluar supaya dapat mengurangkan belanja serta mencari pemain baharu yang lebih berkualiti. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram