Tonggak tengah TFC pasang cita-cita tinggi sekat JDT julang Piala Malaysia


  • Podium
  • Rabu, 06 Dis 2023

Tonggak tengah Sang Penyu, Argzim Redzovic mahu sekat JDT daripada menjulang trofi Piala Malaysia. — Facebook/Terengganufc

PERTAHANAN tengah Terengganu FC (TFC), Argzim Redzovic berharap agar dapat menjulang trofi Piala Malaysia 2023.

Pemain kelahiran Montenegro itu juga berharap agar dapat dipilih menjadi kesebelasan utama pasukan tersebut sekali gus membantu TFC menyekat kemenangan Johor Darul Takzim (JDT) pada perlawanan akhir Piala Malaysia yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Kejayaan menjulang Piala Malaysia itu nanti akan mencipta sejarah baharu buat JDT apabila menjadi pasukan pertama bergelar juara quadruple (empat trofi) buat dua musim berturut-turut.

WhatsApp Image 2023-12-06 at 08.43.31

Ketajaman Ivan Mamut di depan pintu gawang ditagih untuk membantu Sang Penyu bergelar juara Piala Malaysia 2023. — Facebook/Terengganufc

Terengganu tewas 1-3 kepada JDT pada perlawanan akhir Piala FA tahun lalu dan Jumaat nanti akan menyaksikan penampilan pertama bagi Sang Penyu dalam perlawanan akhir Piala Malaysia sejak 2018 apabila tewas 1-4 menerusi penentuan penalti kepada Perak FC.

Untuk rekod, Terengganu menjadi juara Piala Malaysia ialah pada 2001 apabila menewaskan Perak 2-1.

“Kami mempunyai satu lagi peluang untuk menebus kekecewaan apabila tewas pada final Piala FA musim lalu.

“Kami mempunyai misi untuk memenangi Piala buat kali kedua tetapi secara peribadi saya mahu menjulang trofi pertama saya selepas enam tahun di Malaysia.

“JDT adalah pasukan pilihan kerana mereka mempunyai pemain terbaik di setiap posisi. Kami akan berjuang habis-habisan sehingga wisel penamat. Kami tidak akan gentar, kami telah mengalahkan mereka sebelum ini dan kami akan melakukannya lagi pada Jumaat nanti," kata Redzovic. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram