'Final can be anybody game', Terengganu masih boleh buat kejutan di SNBJ


  • Podium
  • Isnin, 04 Dis 2023

Pasukan kendalian Tomislav Steinbruckner, Terengganu FC bakal berdepan Harimau Selatan dalam aksi final Piala Malaysia. — Facebook/MFL

CABARAN besar menanti Terengganu FC dalam perlawanan akhir Piala Malaysia Jumaat ini apabila mereka bakal berdepan juara Liga Super, Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Prestasi tidak menentu pasukan itu di peringkat domestik dan Asia menyebabkan penyokong mula gusar akan peluang dalam pertembungan berkenaan.

Kekalahan 0-4 dialami ketika berdepan Sabah FC di laman sendiri menjadi petanda bahawa benteng pertahanan Sang Penyu semakin goyah.

Tidak cukup dengan itu, kegagalan meraih tiga mata berdepan Penang FC selepas dibolosi pada minit-minit akhir permainan turut menceritakan mengenai situasi semasa Sang Penyu.

WhatsApp Image 2023-12-04 at 21.10.18 (1)

Syahmi Zamri membantu Sang Penyu mencetak jaringan ketika berdepan Penang FC. — Facebook/MFL

Dalam pada itu, bekas Ketua Jurulatih Kuching City FC, Irfan Bakti Abu Salim berkongsikan pengalaman sepanjang bergelar seorang pemain bola sepak mengenai perlawanan akhir secara kasarnya.

"Final boleh dikatakan can be anybody game, tapi kelebihan kepada JDT kerana mempunyai segala-galanya dari segi kualiti pemain dan kemudahan tempat latihan.

"JDT lain daripada yang lain walaupun baru-baru ini ada tergugat sedikit kerana dibolosi lima gol," katanya kepada Majoriti.

Tambahnya lagi, pasukan Sang Penyu mempunyai peluang untuk membuat kejutan di SNBJ nanti.

"Terengganu boleh buat kejutan di SNBJ.

"Berdasarkan pengalaman saya semasa beraksi bersama FELDA dan Terengganu, di Bukit Jalil juga saya pernah buat kejutan ke atas JDT.

"Walau macam mana pun, still JDT adalah favorite lah," kongsinya.

Di samping itu, bekas pengendali Terengganu FC itu juga sempat berkongsikan nasihat kepada barisan pemain Sang Penyu itu.

"Yang pertama sekali, pemain-pemain Sang Penyu kena strong.

"Mental pemain kena strong dan mempunyai disiplin yang tinggi, maknanya kalau bertahan, bertahanlah semua sekali," jelasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram