TFC-Penang bukan yang pertama, 3 aksi Liga Super 2023 bikin debar hingga minit akhir


  • Podium
  • Selasa, 05 Dis 2023

Sebahagian aksi menarik antara skuad Sang Penyu berdepan Harimau Kumbang. — Facebook/MFL

SEPAKAN penalti Rafael Vitor membantu Penang FC mengikat Terengganu FC (TFC) dengan keputusan 1-1 pada aksi Liga Super 2023 yang berlangsung di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada Ahad.

Jaringan pada masa kecederaan beberapa saat sebelum permainan berakhir itu sekali gus menyekat hajat skuad Penyu daripada membawa pulang tiga mata penting.

Jaringan pada minit-minit akhir sememangnya satu momen yang sentiasa meninggalkan kesan kepada pasukan itu sendiri mahupun penyokong kelab itu.

WhatsApp Image 2023-12-04 at 22.27.03

Skuad Sang Penyu ketika berjaya mencetak satu jaringan pada babak kedua aksi. — Facebook/MFL

Selain momen itu, Liga Super musim ini turut merakamkan pelbagai lagi momen menarik yang diingati sebahagian besar penyokong di negara ini.

Majoriti menyenaraikan tiga momen dramatik yang pernah disajikan dalam saingan Liga Super musim ini.

1) Johor Darul Takzim vs Kedah Darul Aman FC

Aksi Liga Super antara Johor Darul Takzim (JDT) dan Kedah Darul Aman (KDA) FC pernah menjadi bualan peminat bola sepak tempatan.

Ia berikutan selepas KDA FC menampilkan aksi memukau dengan mengikat Harimau Selatan 3-3.

Amirbek Juraboev antara pemain yang mencuri tumpuan selepas berjaya menyamakan kedudukan 3-3 pada minit ke-90+2 apabila diambang kekalahan ketika berdepan Harimau Selatan.

Dalam perlawanan tersebut, KDA FC mengikat JDT dengan keputusan seri 3-3 dalam saingan Liga Super 2023 pada 26 Ogos lalu.

2) Sabah FC vs Kuching City

Selain aksi JDT berdepan KDA FC, Sabah FC antara yang kelab yang pernah membuat kebangkitan semula selepas hampir tewas di laman sendiri.

Penyerang berbisa Sabah FC, Ramon Machado memastikan kemenangan berpihak kepada Sang Badak dalam aksi Liga Super ketika berdepan Kuching City FC pada 8 Julai lalu.

Ramon mencetak gol kemenangan selepas Kuching City berjaya menyamakan kedudukan pada babak kedua.

Dalam perlawanan tersebut, Ramon meledak gol kemenangan pada minit-minit akhir permainan.

3) Negeri Sembilan FC vs Sri Pahang FC

Perlawanan antara Negeri Sembilan FC (NSFC) dan Sri Pahang FC pastinya turut mencuri tumpuan penyokong apabila pernah mengejutkan penyokong tanah air.

Kpah Sherman antara pemain yang berjaya mengejutkan NSFC apabila mencetak gol pada minit-minit akhir agar berjaya membawa pulang tiga mata penuh di laman sendiri.

Perlawanan yang berlangsung pada 9 Jun lalu menampilkan skuad Tok Gajah berjaya membuat kebangkitan semula dengan jaringan yang dicetak oleh Sherman. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram