PENYERANG berbisa, Erling Haaland berdepan tindakan disiplin selepas mengkritik pengadil, Simon Hooper, dalam perlawanan yang menyaksikan kedua-dua pasukan meraih keputusan seri 3-3 yang penuh dramatik di antara Manchester City dan Tottenham.
Penyerang City itu berang selepas dinafikan peluang untuk melanjutkan permainan di penghujung pertemuan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang mendebarkan di Stadium Etihad itu, pada Isnin.
Pada penghujung perlawanan, Haaland yang dikasari oleh pemain lawan segera bangkit dan membuat hantaran kepada Jack Grealish yang mempunyai peluang untuk mencetak gol keempat.
Namun, pengadil perlawanan, Hooper membatalkan gerakan itu, sebaliknya menghadiahkan sepakan percuma.
Keputusan itu membuatkan Haaland dan rakan sepasukan tidak berpuas hati dengan tindakan pengadil tersebut.
Dalam pada itu, Haaland yang masih berang dengan tindakan pengadil itu menggunakan media sosial sebagai platform untuk meneruskan kemarahannya selepas tamat perlawanan tersebut.
Menerusi satu hantaran di X (Twitter), Haaland yang menyiarkan semula klip insiden berkenaan dengan kapsyen "Wtf". — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram