Pernah teruja bergelar naturalisasi 5 tahun lalu, De Paula makin hilang dari radar


  • Podium
  • Rabu, 06 Dis 2023

De Paula antara pemain naturalisasi yang turut menyarung jersi kebangsaan. — Instagram/g.depaula13

KEHADIRAN pemain naturalisasi dalam skuad kebangsaan ternyata memberikan kelebihan buat Harimau Malaya untuk kekal bersaing di pentas Asia tanpa mengira kedudukan ranking negara.

Sejak diperkenalkan pada 2018, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah memanggil sebanyak lapan pemain naturalisasi iaitu Mohamadou Sumareh (Gambia), Guilherme de Paula, Paulo Josue, Endrick dos Santos (Brazil), Liridon Krasniqi (Kosovo), Lee Andrew Tuck (England) dan Sergio Ezequiel Aguero (Argentina).

Sebelum bergelar pemain naturalisasi, penyerang kelahiran Brazil, Guilherme De Paula pernah meluahkan rasa terujanya untuk menyarung jersi kebangsaan.

WhatsApp Image 2023-12-06 at 15.25.20

Walaupun hilang dari radar tetapi nama De Paula tersenarai semula ke skuad kebangsaan bagi kelayakan Piala Asia 2023. — Facebook FAM

Lima tahun lalu, De Paula dilaporkan tidak sabar untuk bergelar pemain naturalisasi sekali gus menyarung jersi kebangsaan.

De Paula juga dilaporkan berkata, menyarung jersi kebangsaan merupakan satu penghormatan baginya dan amat menghormati rakyat Malaysia.

Dalam pada itu, De Paula diumumkan sebagai pemain naturalisasi ketiga skuad Harimau Malaya pada Mac 2021.

Bekas pemain Harimau Selatan itu membuat penampilan sulung dalam kancah liga bola sepak Malaysia pada 2015 bersama Selangor dan pernah mewakili PDRM serta Kuala Lumpur.

Pemain berusia 34 tahun itu menandatangani kontrak bersama pasukan Perak sejak tahun lalu yang bersaing dalam Liga Super.

De Paula pernah membantu skuad kebangsaan pada 6 Mei 2021 dan kali terakhir beraksi pada 14 Jun 2022 ketika menentang Bangladesh.

Penyerang kebangsaan itu kini beraksi di Divisyen 2 Liga Malaysia bersama Melaka United FC. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram