[VIDEO] 'Macam tak sempat', fans pertikai keadaan semasa padang SNBJ


  • Podium
  • Rabu, 06 Dis 2023

Kualiti semasa padang di Stadium Nasional Bukit Jalil tidak memuaskan.

MENJELANG aksi final Piala Malaysia 2023, kualiti padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur kini sedang hangat dibincangkan di media sosial.

Hal ini kerana, padang di venue yang sebelum ini digunakan untuk penganjuran konsert kumpuan rock popular dari Britain, Coldplay itu dilihat tidak berada dalam keadaan memuaskan.

Isu tersebut dibangkitkan oleh pemilik Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Idris yang berkongsi kualiti semasa padang.

Dalam pada itu, harapan penyokong untuk melihat perlawanan yang berprestij itu berjalan lancar pastinya tidak kesampaian apabila keadaan semasa padang SNBJ tular di Facebook.

Menerusi satu perkongsian video di Facebook, SiniJa mendedahkan keadaan semasa padang SNBJ dilihat tidak berada dalam keadaan yang baik.

Rata-rata penyokong berasakan persiapan perlawanan akhir itu tidak seperti yang dijangkakan berikutan sebahagian permukaan padang kurang memuaskan.

“Lagi berapa hari je lagi ni, macam tak sempat je,” kata Rileks Ajer.

“Boleh nampak macam mana final (perlawanan akhir) nanti, menyedihkan lah padang macam ni,” kata Mohd Sufi.

“Ini final ke apa? Lain macam padang ni, macam tak cukup sifat, tak sempat rumput nak tumbuh,” kata Kamarulzaman.

Perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 bakal menyaksikan juara bertahan Liga Super, Johor Darul Takzim (JDT) berdepan Terengganu FC pada 8 Disember nanti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram