‘Last tahun ni di Sabah’, komen lama kembali tular kuatkan khabar angin Rizal Ghazali pulang ke Kedah


  • Podium
  • Selasa, 05 Dis 2023

Rizal menghabiskan beberapa tahun bersama skuad Sang Kenari sebelum menyertai Sabah FC awal musim 2022.

KESERASIAN antara pemain import, muda dan berpengalaman dalam Sabah FC merupakan antara kunci utama di sebalik kejayaan skuad Sang Badak di peringkat domestik dan Asia.

Mereka yang kini berada di tangga teratas Kumpulan H Piala AFC 2023/24 sudah mengesahkan tiket ke separuh akhir Zon Asean dengan satu perlawanan berbaki.

Dalam saingan Liga Super pula, pasukan Borneo tanah air itu masih berpeluang untuk menamatkan saingan di tangga ketiga sekiranya mereka meraih tiga mata penuh dalam aksi terakhir menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC.

Antara nama yang boleh dianggap sebagai 'tulang belakang' di sebalik pencapaian memberangsangkan tersebut ialah bek kanan mereka, Rizal Ghazali.

Dia yang tiba pada jendela perpindahan pertama musim 2022 jarang menampilkan aksi mengecewakan dengan kehadirannya di atas padang amat dinantikan penyokong.

2142847

Rizal merupakan salah seorang tonggak utama skuad Sang Badak musim ini.

Selain bijak mematahkan serangan pihak lawan, bekas pemain kebangsaan tersebut juga mempunyai sumbangan penting dalam membantu gerakan Sabah FC dengan lima bantuan jaringan dan dua gol menjadi bukti akan perkara itu.

Malah, kecemerlangannya tersebut turut dicemburui penyokong pasukan lamanya, KDA FC yang tidak boleh dinafikan berdepan masalah dalam posisi pertahanan sayap.

Pandangan tersebut dibuktikan apabila penyokong Hijau Kuning mengharapkan kepulangan Rizal meskipun usianya kini sudah mencecah 31 tahun.

Namun, khabar angin kuat mengatakan anak jati Alor Setar, Kedah itu akan kembali menyertai skuad Sang Kenari dengan kontraknya bersama Sabah FC akan tamat pada penghujung musim.

WhatsApp Image 2023-12-05 at 22.35.28

Komen diberikan Rizal kepada rakannya kembali tular di media sosial.

"Tahun terakhir sudah di sini," kata Rizal sebagai respons kepada pengikutnya di Instagram, syazwan46 yang mengharapkannya untuk kembali ke Kedah.

Berdasarkan pencarian, komen tersebut diberikan pada pertengahan tahun lalu dalam hantarannya mengenai pemergian bekas kapten skuad Sang Badak, Baddrol Bakhtiar.

Meskipun kata-kata tersebut sudah terungkap lama, ia dilihat masih relevan dengan masa depannya bersama Sabah FC masih belum dimuktamadkan.

Rizal dan Baddrol sebelum ini sah menyertai skuad Sang Badak pada Disember 2021 ketika pasukan tersebut baru sahaja dikendalikan Kim Swee.

Bagaimanapun, perpindahannya ke KDA FC juga masih belum disahkan meskipun penyokong pastinya berharap pertahanan tersebut mampu mengumumkan kepulangannya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram