Kelab di Utara, Pantai Timur berebut khidmat Ghaddar


  • Podium
  • Ahad, 03 Dis 2023

Sebahagian aksi ketika pemain Kelantan FC ditewaskan KDA FC dalam siangan Liga Super 2023 — Facebook/MFL

NASIB Kelantan FC terus malap musim ini apabila mereka menjadi pasukan tempatan pertama dibolosi 108 kali dalam sejarah Liga Super.

Rekod tersebut dicatatkan selepas mereka tumpas di tangan Sabah FC dalam perlawanan ke-24 liga di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan Ahad lalu.

Kekalahan yang sering menimpa The Red Warriors (TRW) itu nampaknya memberi kesan kepada beberapa pemain yang berani mengambil keputusan untuk meninggalkan kelab tersebut.

Oleh itu, terdapat desas desus mengatakan bahawa khidmat pemain sayap Kelantan FC, Fazrul Amir Zaman akan menemui titik noktah bersama pasukan yang berpangkalan di Pantai Timur itu.

WhatsApp Image 2023-12-03 at 18.26.10 (1)

Pemain sayap Kelantan FC, Fazrul Amir Zaman bakal meninggalkan Kelantan musim depan. — Instagram/ fazrulamir_

Perkara tersebut dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi di laman Twitter yang mengatakan bahawa pemain sayap TRW itu sudah dirisik oleh dua pasukan Liga Super.

"Pemain sayap Kelantan, Fazrul Amir atau lebih mesra disapa Ghaddar dikhabarkan sudah dirisik dua pasukan Liga Super yang berpangkalan di Utara dan Pantai Timur.

"Ghaddar hanya akan memuktamadkan soal masa depannya selepas kempen Liga Super 2023 berakhir.

Untuk rekod, Fazrul Amir memiliki kebolehan untuk membantu benteng pertahanan mahupun jentera serangan sesebuah pasukan.

Pastinya ketiadaan Fazrul dalam skuad Kelantan musim depan akan merencatkan lagi corak permainan pasukan itu.

Walau bagaimanapun, belum ada sebarang kenyataan rasmi yang dibuat oleh kedua-dua pihak mengenai khabar angin tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram