Syarikat Malaysia antara 90 penaja kelab divisyen 1 Jepun


  • Podium
  • Sabtu, 02 Dis 2023

FC Tokyo merupakan salah sebuah kelab divisyen satu Jepun. — FC Tokyo

DALAM bola sepak moden, adalah perkara normal apabila menyaksikan sesebuah pasukan miliki barisan penaja demi meneruskan kelangsungan operasi.

Penaja merupakan sebuah entiti yang bukan saja membawa masuk duit ke dalam kantung pasukan, sebaliknya ia turut mendapat manfaat apabila jenama mereka terpampang pada jersi kelab tersebut.

Jika satu-satu kelab itu mempunyai banyak penaja, ia akan dipandang sebagai pasukan yang pandai cari duit dan tidak perlu mengharapkan satu-satu sumber saja dalam hal kewangan.

Di Twitter (X), terdapat perkongsian menarik oleh individu bernama Ahmad Ridzuan apabila dia menunjukkan sebuah kelab Jepun, FC Tokyo mempunyai sebanyak 90 penaja menaja pasukan mereka.

Kelab divisyen satu Jepun ini mempunyai penaja daripada pelbagai skala baik yang besar atau pun kecil. Sebagai contoh, Tokyo Gas, Mitsubishi serta Mitsui & Co. merupakan tiga penaja utama kelab tersebut.

Namun apa yang menariknya adalah, terdapat sebuah entiti dari negara kita turut menyertai senarai 90 penaja FC Tokyo tersebut. Entiti yang dimaksudkan adalah Malaysia LNG.

GAHedwna8AIh09a

Logo Malaysia LNG terpampang dalam senarai 90 penaja FC Tokyo untuk musim 2023. — FC Tokyo

"FC Tokyo buat satu siaran penghargaan kepada semua 90 penaja mereka (untuk) musim 2023. Tapi satu benda yang menarik perhatian adalah salah satu penaja FC Tokyo adalah syarikat Malaysia LNG," tulis Ridzuan.

Tapi Malaysia LNG ini apa? Sebenarnya ia merupakan syarikat subsidari oleh gergasi petroleum negara iaitu Petronas. Malaysia LNG sebenarnya mempunyai kaitan dengan Tokyo Gas yang merupakan penaja utama FC Tokyo dari segi kerjasama.

Menurut kenyataan Petronas, Malaysia LNG memeterai perjanjian dengan Tokyo Gas untuk menjadi pembekal gas asli cecair atau liquefied natural gas (LNG) kepada mereka selama 13 tahun.

Oleh kerana kerjasama, ia mungkin memainkan kepada penyertaan Malaysia LNG untuk menjadi penaja kecil FC Tokyo dan ia merupakan satu perkara membanggankan apabila jenama tempatan menyertai salah sebuah pasukan dalam saingan utama Jepun.

Diharapkan pada masa hadapan, kelab-kelab Liga Super akan lebih cergas dalam mencari penaja sehingga bilangannya menyamai jumlah diperoleh FC Tokyo.

Ia amat penting kerana kelab-kelab Liga Super perlu keluar daripada zon selesa apabila hanya mengharapkan wang oleh kerajaan negeri dan tidak kreatif dalam mendapatkan penaja. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram