Mara ke separuh akhir zon Asean satu pencapaian besar buat Sabah — Darren Lok


  • Podium
  • Jumaat, 01 Dis 2023

Barisan Sabah FC meraikan kemenangan bergaya ketika menewaskan Hougang United. — Facebook/Sabahfc

PENYERANG Sabah FC, Darren Lok, memuji mutu permainan rakan sepasukan dalam usaha membantu pasukan lolos ke separuh akhir zon Asean Piala AFC susulan kemenangan 4-1 ke atas Hougang United di Stadium Jalan Besar, Singapura pada Khamis.

Sabah menampilkan prestasi yang baik selepas merekodkan kemenangan bergaya ketika bertandang ke Singapura berdepan Hougang.

Tiga mata yang diperoleh terhasil menerusi aksi cemerlang ditampilkan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu.

WhatsApp Image 2023-12-01 at 18.16.41 (1)

Darren Lok (kanan) membantu Sabah FC mencetak gol kedua selepas berjaya menyempurnakan sepakan penalti berdepan Hougang. — Facebook/Sabahfc

Kemenangan tersebut menyaksikan Sabah mara ke separuh akhir zon Asean dalam penampilan pertama mereka dalam kejohanan ini.

Tonggak utama Sabah FC, Darren memuji persembahan rakan sepasukannya dalam memastikan mereka melakar pencapaian yang terbaik buat pasukan yang berpangkalan di Borneo itu.

Enam gol dalam lima perlawanan, Darren berkongsi pandangannya mengenai prestasi barisan pemain Sabah FC yang kerap mencipta peluang untuk melakar kemenangan.

"Apabila pasukan bermain dengan baik, peluang akan sentiasa tiba dan sebagai pemain amat penting untuk menyempurnakan setiap peluang dan gol-gol yang terhasil amat penting buat pasukan," kata Darren Lok.

Tambahnya lagi, ia merupakan pencapaian terbaik yang berjaya dicapai oleh The Rhinos.

"Ia merupakan satu pencapaian yang tinggi buat Sabah. Layak ke peringkat seterusnya dengan berbaki satu perlawanan sesuatu yang cukup baik.

"Kami berharap untuk terus menghadirkan permainan yang terbaik buat Sabah dan terus mengharumkan nama negara," kongsinya.

Selepas ini, Sabah FC akan bertemu dengan Perak FC dalam saingan Liga Super pada 3 Disember nanti. — Stadium Astro

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram