Gara-gara 'merajuk', Rizal Ghazali pernah enggan sambung kontrak di Kedah


  • Podium
  • Khamis, 30 Nov 2023

Skuad Hijau Kuning ketika meraikan jaringan ketika berdepan Felda United dalam aksi Piala Malaysia 2015. — Agensi

KETIKA Felda United terpaksa beraksi tanpa pemain sayap, Indra Putra Mahayuddin apabila melayan kunjungan Kedah pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia 2015 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor timbul masalah yang menimpa kem di Utara tanah air itu.

Ia berikutan apabila penyerang Nigeria, Chidi Edeh dan pemain tempatan, Rizal Ghazali enggan menyambung kontrak mereka selama sebulan lagi.

Lapan tahun lalu, bekas juara treble Liga Malaysia musim 2007 dan 2008 itu mengalami masalah dalaman sejak Ketua Jurulatih ketika itu, Tan Cheng Hoe berlepas ke Guangzhou, China untuk kursus kejurulatihan AFC Pro selama tiga minggu.

Ketiadaan Cheng Hoe ketika itu memberi peluang kepada jurulatih kecergasan yang dinaikkan pangkat sebagai penolong jurulatih iaitu, Ramon Marcote untuk mengendalikan pasukan tersebut.

SELAYANG 02 DECEMBER 2015. Pemain  Felda United, Fernandes Thiago Augusto (kanan) danPemain Kedah Bang Seunghwan   dalam perlawanan Separuh Akhir pertama TMPiala Malaysia 2015 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.NSTP/Osman Adnan

Sebahagian aksi ketika Kedah berdepan PKNS dalam saingan Piala Malaysia 2015. — Agensi

Di bawah kendalian Marcote, pemain tidak berpuas hati kerana kebanyakan mereka tidak memahami arahan bekas pemain Sepanyol itu semasa perlawanan kerana dia hanya bercakap dalam Bahasa Inggeris.

Bukan itu sahaja malah Kedah ketika itu turut berdepan masalah menjelang perlawanan apabila pemain tengah kebangsaan, Baddrol Bakthiar digantung.

Pemain import Nigeria, Edeh sudah menjaringkan lima gol untuk Kedah dalam saingan tersebut dan ketiadaannya pasti menjejaskan peluang Kedah di separuh akhir saingan Piala Malaysia itu.

Cheng Hoe yang berada di bumi China tetap meninggalkan pesan bahawa Kedah pastinya perlu membariskan pemain yang berkualiti untuk berdepan Felda United.

Pengendali Felda ketika itu, Irfan Bakti pula mahu anak-anak buahnya mengambil kesempatan di atas masalah yang dihadapi oleh Sang Kenari agar memperoleh kemenangan.

Kemelut itu ternyata tidak menggugat reputasi Sang Kenari untuk mara ke pusingan akhir Piala Malaysia pada tahun tersebut apabila menundukkan Felda United dengan agregat 4-3.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram