MANCHESTER United berhasil mendapatkan tiga mata berharga apabila menewaskan Everton dengan keputusan 3-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berlangsung di Goodison Park, Liverpool pada Isnin.
Kemenangan berharga di tempat lawan itu menyaksikan Alejandro Garnacho mencetak gol pertama seawal minit ketiga sebelum gol Marcus Rashford menerusi sepakan penalti (56’) dan Anthony Martial melengkapkan malam bergaya United.
Garnacho mencuri tumpuan apabila bintang Argentina itu melakukan sepakan akrobatik dengan menyambut hantaran silang Diogo Dalot, merembat bola masuk ke penjuru gol melepasi penjaga gol Jordan Pickford.
This goal from Garnacho is the goal of the season so far.
— Janty (@CFC_Janty) November 26, 2023
Malam pemain berusia 19 tahun itu bertambah indah apabila dia sempat meraikan jaringan cantik tersebut dengan cara idolanya iaitu bekas pemain United, Cristiano Ronaldo di Goodison Park.
Legenda The Red Devils, Gary Neville turut memuji sepakan basikal menakjubkan Garnacho dan menyifatkan ia adalah aksi atlet gimnastik dan bukannya gaya seorang pemain bola sepak.
Malah, bekas tonggak pertahanan England itu juga melihat gol Garnacho itu adalah jauh lebih baik daripada pencapaian Rooney dalam perlawanan derby Manchester pada 2011.
“Saya tidak pernah melihat sepakan overhead (Garnacho) sebaik itu dan saya berada di sana untuk Rooney dalam derby Manchester,” katanya.
Setakat 13 perlawanan liga, United sudah merekodkan lapan kemenangan, lima kekalahan serta mengumpul 24 mata. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram