PERSETERUAN antara Malaysia dan Indonesia dalam bola sepak tak pernah padam. Walaupun tidak bertemu di padang, pasti ada saja yang buatkan dua negara ini bergaduh.
Baru-baru ini, seorang TikTokers Indonesia telah 'disekolahkan' oleh penyokong Malaysia kerana persoalannya terhadap laluan Harimau Malaya dalam kelayakan Piala Dunia 2026-Piala Asia 2027.
TikTokers tersebut mengatakan Malaysia mendapat laluan mudah apabila diletakkan dalam kumpulan yang turut dihuni oleh Oman, Republik Kyrgyz serta Chinese Taipei seperti dalam video yang tular di Twitter (X).
Sebaliknya, Indonesia diletakkan bersama-sama Iraq, Vietnam dan Filipina.
Seorang penyokong Malaysia, Ahmad Ridzuan, telah menerangkan mengapa situasi itu berlaku. Hal ini kerana, faktor Indonesia sebagai pasukan lebih lemah berbanding Malaysia membuatkan mereka diletakkan dalama kumpulan bersama jaguh Asia Tenggara serta pemenang Piala Asia 2007.
Indonesia terlalu gembira dapat menewaskan Brunei pada pusingan pertama kelayakan Piala Dunia. — AFC
Ridzuan mendedahkan yang Indonesia perlu melalui pusingan pertama kelayakan terlebih dahulu. Selepas layak, Garuda terus diletakkan dalam balang (pot) 4 berbanding Malaysia yang berada di balang 3.
"Ramai (penyokong Indonesia) yang tak sedar mereka kena main pusingan pertama kelayakan dulu dan nasib baik lawan Brunei menang 12-0. Lepas tu masuk dalam pot 4, pot terakhir sekali dalam Asia," kata Ridzuan.
Keberadaan Malaysia dalam balang 3 telah membuatkan Harimau Malaya tidak perlu berdepan pasukan seperti Lubnan, Tajikistan dan Thailand. Hal ini kerana, kesemua negara itu adalah dalam balang yang sama seperti Malaysia.
"Kena ambil tahu yang pot 1, 2 & 3 ni adalah yang kuat (top pot) dan lemah sikit (bottom pot). Itu pun nasib baik dapat undian Iraq, Vietnam yang tengah-tengah pot 1 & 2.
"Malaysia dalam pot 3, dah tak perlu hadap pasukan lain dalam pot 3 tu macam Indonesia. Dan undian kita dapat pasukan bottom pot 1 & 2," jelas Ridzuan.
Tetapi Malaysia catat kejayaan lebih signifikan apabila menewaskan Republik Kyrgyz di pusingan kedua kelayakan Piala Dunia. — Facebook/FAM
Oleh itu, Ridzuan meminta agar penyokong-penyokong Indonesia lebih ambil tahu mengenai cara sesebuah undian itu dijalankan dan bukannya menuduh Malaysia tidak tentu pasal.
Sebagai contoh, penyokong Indonesia sering menyalahkan ibu pejabat AFC di Kuala Lumpur sebagai punca Malaysia dapat undian 'mudah'.
"Lain kali, tolong masuk dalam pot lebih tinggi. Jangan bising-bising kalau kena main pusingan pertama, tapi lagak macam sudah main Piala Dunia," tempelak Ridzuan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram