Punca bintang Sabah kemarau gol bersama HM, itu kena tanya coach — Penganalisis


  • Podium
  • Selasa, 21 Nov 2023

Sebahagian sesi latihan skuad Harimau Malaya kendalian Pan-gon di Yingfeng Soccer Field, Taipei City, Taiwan. — Facebook/FAM

HARIMAU Malaya bangkit menewaskan Kyrgyztsan dengan keputusan 4-3 dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur pada Khamis minggu lepas.

Meskipun meraih tiga mata penting di laman sendiri, namun nama tonggak Sabah FC, Darren Lok menjadi sebutan para penyokong tempatan.

Ia berikutan kegagalan penyerang skuad kebangsaan itu gagal mencetak jaringan ketika beraksi bersama Harimau Malaya.

Untuk rekod, kali terakhir Darren mencetak jaringan buat skuad kebangsaan adalah ketika berdepan Singapura dalam perlawanan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) di gelanggang keramat Harimau Malaya pada 3 Januari 2023.

WhatsApp Image 2023-11-20 at 18.25.53

Darren (tengah) bersama rakan sepasukan ketika dalam sesi latihan bagi persediaan berdepan Chinese Taipei. — Facebook/FAM

Meskipun begitu, pemain kacukan Inggeris-Malaysia itu tampil cemerlang ketika beraksi bersama Sabah FC dengan mencetak lima gol dalam Kumpulan H, Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2023.

Tampil mengulas perkara tersebut, penganalisis sukan, Prof Madya Dr Zulakbal Abd Karim berpandangan bahawa dia tidak terkejut dengan kegagalan Darren dalam mencetak gol buat pasukan kebangsaan.

"Pada pandangan saya, saya tak terkejut dan tak pelik kerana Liga Malaysia (Liga M) dan Kelayakan Piala Dunia atau persahabatan, mempunyai characteristic berbeza.

"Yang mana tekanan adalah lebih tinggi dengan banyak peranan yang perlu diambil kira antaranya aspek psikologi, taktikal, fizikal dan sebagainya," katanya kepada Majoriti.

Tambahnya lagi, tekanan daripada pasukan lawan turut mempengaruhi persembahan setiap pemain dan perkara itu yang terpaksa dilalui oleh Darren Lok.

"Pastinya dia ada pressure juga daripada oppenent, saya tak fikir pertandingan dalam negara turut mempunyai pressure yang kuat macam Harimau Malaya bermain.

"Mungkin itulah yang menjejaskan sedikit sebanyak kebolehan dia untuk menjaringkan gol," jelasnya.

Dalam pada itu, Zulakbal berpandangan bahawa orang yang bertanggungjawab dalam kegagalan Darren menjaringkan gol adalah pengendali Harimau Malaya itu sendiri iaitu Kim Pan-gon.

"Jadi, orang yang bertanggungjawab adalah jurulatih terutamanya di mana perlu perhatikan apakah punca dia tak dapat menjaringkan gol.

"Apa pun yang berlaku pada pasukan Harimau Malaya, yang utama jurulatih kena bertanggungjawab.

"Sepatutnya coach yang perlu mengkaji tapi saya percaya Darren Lok sedang menghadapi situasi berbeza kerana bermain di Liga M dan bermain dengan Harimau Malaya," ujarnya.

Malah, Zulakbal turut beranggapan bahawa tonggak Sang Badak itu bukan berada tempat dan masa yang sesuai untuk menampilkan kebolehannya sebagai seorang pemain berkualiti.

"Dia tidak berada di tempat dan waktu yang sesuai. Not at the right time and at the right place," kongsinya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram