[VIDEO] Terlampau baik hati, Oppa Spurs sekali lagi curi tumpuan fans


  • Podium
  • Ahad, 19 Nov 2023

Tangkap layar rakaman video tersebut. — Twitter

GELAGAT penyerang Tottenham Hotspur, Son Heung-min sebelum perlawanan menentang Singapura dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 pada Khamis sempat mencuri tumpuan warga maya.

Menerusi satu rakaman video di Twitter, gelagat pemain kelahiran Korea Selatan itu sempat dirakam apabila memberikan jaketnya kepada kanak-kanak lelaki yang mengiringinya ketika masuk ke dalam padang.

Dalam video tersebut, kanak-kanak lelaki yang dilihat kesejukan itu meraih perhatian Heung-min yang terus mengambil keputusan untuk memakaikan jaketnya kepada budak tersebut.

Dalam pada itu, rata-rata penyokong memuji pemain berusia 31 tahun itu berikutan sikap rendah diri yang ada dalam dirinya.

"Terbaik lah attitude Son ni, memang sesuai dengan gelaran pemain terbaik," kata @novoycaine.

"Sebelum ni kalau dia dekat Spurs, memang suka bagi jaket kepada anak kecil, terima kasih idola," kata @MalikaMulk.

"Bagus Son ni, jadi leader perlu ada empati, bukan hanya pandai main bola saja," @kata KataBagoes.

"Inilah kebaikan yang memang dari hati, bukan mahu pujian semata-mata," kata @ihsanuddinsptra.

Sebelum ini, aksi bintang Korea Selatan itu yang meletakkan mikrofon secara tertib di atas meja selepas sesi temu bual turut mencuri perhatian warga maya.

Dalam perlawanan berdepan Singapura itu, anak-anak buah Jurgen Klinsmann berjaya meraih tiga mata penting di laman lawan dengan keputusan 5-0. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram