Agak lama ketandusan pemain berkaliber, Dion Cools aset penting Harimau Malaya


  • Podium
  • Isnin, 20 Nov 2023

Dion Cools (dua dari kanan) bersama rakan sepasukan dalam sesi latihan persediaan berdepan Chinese Taipei. — Facebook/FAM— Facebook/FAM

PEMAIN warisan negara, Dion Cools kini merupakan antara tonggak utama dimiliki skuad Harimau Malaya susulan aksi memukau yang dipamerkan dalam beberapa sisi perlawanan sebelum ini.

Turut tersenarai dalam skuad yang berjaya melayakkan diri ke Piala Asia 2023, kelibat pemain pertahanan Buriram United itu sememangnya sudah sebati dengan corak permainan diterapkan jurulatih Kim Pan-gon apabila sering menjadi 'duri dalam daging' kepada pasukan lawan.

Dalam pada itu, menurut pandangan penyokong bola sepak domestik di Facebook, Don K-Rul IZham berpendapat bahawa pemain berusia 27 tahun itu merupakan aset penting yang perlu dijaga oleh Harimau Malaya.

"Dion Cools merupakan aset besar skuad Malaysia ketika ini, boleh kita katakan pemain berusia 27 tahun ini adalah pertahanan terbaik Malaysia miliki ketika ini.

"Sejak melakukan debut bersama Malaysia pada 3 Jun 2021, Cools sudah memahat namanya sebagai 'core player' untuk Harimau Malaya.

"Sepanjang 18 kaps bersama Malaysia, impak Cools banyak membantu kestabilan barisan belakang. Dia ada segala-galanya dalam tahap tertinggi untuk menepati definisi pemain pertahanan tengah moden," katanya.

Cools

Dion Cools (dua dari kiri) cetak dua gol bantu Harimau Malaya benam Kyrgyzstan. — Facebook/FAM

Tambahnya lagi, Cools memiliki ciri-ciri pertahanan yang sukar dicari dalam mana-mana pasukan tempatan ketika ini.

"Pemain pertahanan yang proaktif, bijak membaca permainan, seorang pertahanan 'all rounder' yang boleh diletakkan di mana-mana posisi bawah dan mempunyai sikap leadership yang tinggi.

"Mempunyai 171 penampilan di kejohanan Eropah termasuk beberapa kejohanan besar seperti UEFA Champions League, UEFA Europa League ((UEL) banyak mematangkan gaya permainan Cools," jelasnya.

Malah, dia turut berpandangan bahawa Cools merupakan pemain yang mempunyai keyakinan dan pengalaman beraksi dalam perlawanan-perlawanan besar.

"Memiliki kemampuan aspek 'ball-playing' Cools juga satu senjata serangan yang baik. Menerusi data penampilan Cool di Liga Thailand, Cools berjaya menyempurnakan 85 peratus ketepatan hantaran dengan 72 peratus ketepatan hantaran ke kawasan lawan. Ia jelas menunjukkan kemampuan Cool untuk mencipta hantaran ke 'final third' sangat bagus.

"Cools juga kerap terlibat dalam fasa serangan terutama dalam sepakan percuma atau sepakan sudut. Dia mencatat empat jaringan bersama Malaysia sepanjang 18 kaps. Satu lagi bonus untuk Malaysia yang sudah mempunyai pertahanan yang ada teknikal 'goalscoring' seperti Cools.

"Agak lama Malaysia ketandusan pemain berkaliber seperti Dion Cools dibarisan belakang. Seorang pemain yang bijak menangani situasi dan sangat berpengaruh sebagai seorang ketua kepada rakan dalam padang," ujarnya.

Dalam pada itu,dia membuat kesimpulan bahawa tidak boleh dinafikan, kemasukkan Cools banyak membantu Malaysia memperbaiki beberapa kelemahan sebelum ini dan sedikit sebanyak meningkatkan tahap keyakinan secara berpasukan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram