Hati-hati Kuching City, jika tanpa Arif Aiman pun, trio JDT tak sabar tunjuk taring di SSI


  • Podium
  • Isnin, 20 Nov 2023

Sebahagian aksi sesi latihan pasukan Harimau Selatan dalam persediaan berdepan Kuching City pada Khamis. — Instagram/officialjohor

SAINGAN Liga Malaysia kini kembali selepas terpaksa berehat selama dua minggu bagi memberi laluan buat skuad kebangsaan mengharungi sesi kelayakan Piala Asia/Piala Dunia menentang Republik Kyrgyzstan dan Taiwan.

Namun ia bukan alasan untuk setiap kelab daripada berehat kerana cuti dua minggu ini mereka gunakan untuk adakan perlawanan persahabatan dan ada juga yang meneruskan latihan seperti biasa bagi mengekalkan stamina para pemain.

Pasukan gergasi tanah air, Johor Darul Takzim (JDT) akan memulakan saingan Liga Super 2023 berdepan dengan Kuching City FC pada Khamis.

BACA LAGI: TMJ 'basuh' penyokong kritik pemain HM, sempat perli kalau sayang vc dengan Brendan Gan

WhatsApp Image 2023-11-20 at 11.11.59

Bergson (kiri) antara import yang bakal mencetak gol berdepan Kuching City. — Facebook/JDTFC

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, Johor itu akan dihiburkan dengan aksi-aksi menarik yang bakal disajikan oleh pasukan bola sepak tempatan.

Meskipun beberapa tonggak JDT mempunyai tugas bersama skuad kebangsaan, Harimau Selatan bagaimanapun tidak gerun dengan pasukan pelawat malah sudah menyediakan senjata bagi meraih kemenangan di laman sendiri.

BACA LAGI: Dikhabar tinggalkan Selangor, Ayron setuju sain kontrak 2 tahun minggu ini

Dalam pada itu, rata-rata penyokong berasakan tiga pemain import Harimau Selatan mampu untuk menggalas tanggungjawab dalam meneruskan rentak kemenangan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Tiga import tersebut ialah Bergson dan Silva, Heberty Fernandes dan Fernando Forestieri.

"Nampaknya trio import JDT sudah tidak sabar hendak membedil Kuching City," kata JDTFC.

"Mohon ada kenduri gol untuk game ni, yakin dengan import-import JDT," kata Mohd Hairul Anuar.

"Inilah masanya import JDT tunjukkan taring, main di SSI, confirm padu," kata Mat Laju. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram