Dominic mungkin tak beraksi di Taiwan akibat kecederaan


  • Podium
  • Selasa, 21 Nov 2023

 Pemain pertahanan Sabah FC, Dominic tidak dapat beraksi bersama skuad kebangsaan berdepan Chinese Taipei. — Facebook/FAM

PERTAHANAN kental Malaysia, Dominic Tan difahamkan tidak dapat diturunkan berdepan Chinese Taipei bagi aksi kedua Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada Selasa.

Perkembangan ini dinyatakan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menerusi sesi temubual khas dalam rancangan Nindia Bola.

Beliau memberi bayangan bahawa akan berlaku rombakan di bahagian pertahanan Harimau Malaya menjelang aksi tersebut.

WhatsApp Image 2023-11-21 at 16.34.29 (1)

Sebahagian sesi latihan Harimau Malaya sebelum berdepan Chinese Taipei. — Facebook/FAM

Rombakan tersebut mengenai ketiadaan pertahanan tengah negara, Dominic Tan yang terpaksa disisihkan daripada pasukan akibat mengalami kekejangan di bahagian betis.

Ia sekali gus akan memberi peluang buat pemain pertahanan lain untuk diturunkan dan beraksi pada perlawanan tersebut.

Jelasnya, pemain-pemain lain tampak yakin dan bersiap sedia untuk diturunkan sekiranya dipanggil dalam kesebelasan utama oleh Kim Pan-gon.

Menurut beliau lagi, pasukan Harimau Malaya kini bersiap siaga untuk menentang Chinese Taipei dalam formasi menyerang berikutan tiga mata penuh menjadi buruan dalam perlawanan yang cukup penting itu. — Stadium Astro

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram