KELUHAN serta kekecewaan pengendali Kelantan FC, Angel Alfredo Vera jelas kelihatan selepas pasukannya tidak cukup pemain dan hanya mengumpul pelajar-pelajar daripada universiti untuk meneruskan baki saingan Liga Super musim ini.
Perkara itu didedahkan kepada wartawan Astro Arena sebelum bermulanya perlawanan di antara Kelantan FC dan Sabah FC berlangsung di Stadium UiTM, Shah Alam pada Isnin.
"Kalau saya cakap apa yang kita (Kelantan) lakukan, sangat susah kerana kita kekurangan pemain.
"Kita hari ini (Isnin) kumpul pemain yang datang daripada universiti dan kita seperti pasukan kawan datang untuk main.
"Kumpul-kumpul dan ada seberapa yang latihan dan yang baru kumpul kita harus berusaha yang terbaik.
"Jujurnya kami ni macam team kawan-kawan. Collect saja tanya siapa mau main untuk hari ini sebab tak cukup player"
Reaksi ketua jurulatih Alfredo Vera sebelum perlawanan malam ini vs Sabah!#DemiLigaKita pic.twitter.com/GFA3rlEmS6
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) November 20, 2023
Melihat situasi Kelantan FC ini boleh dianggap parah selepas isu tunggakan gaji, kini pasukan itu tidak memiliki pemain untuk melengkapkan baki perlawanan liga.
Aksi menentang Sabah pada Isnin merupakan perlawanan tertunda selepas Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan tidak dapat digunakan akibat hujan lebat yang berlaku pada 29 September lalu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram