BINTANG muda Real Madrid, Eduardo Camavinga mengalami kecederaan lutut selepas bertembung dengan bekas pemain FC Barceloa, Ousmane Dembele dalam latihan skuad antarabangsa Perancis baru-baru ini.
Pemain berusia 21 tahun itu menyertai senarai kecederaan Real Madrid bersama-sama Jude Bellingham, Aurelien Tchouameni dan Vinicius Junior.
Manakala Thibaut Courtois dan Eder Militao mengalami kecederaan yang mungkin menyebabkan mereka berdua terlepas seluruh aksi liga musim ini.
Camavinga yang menjadi tonggak utama Real Madrid musim ini dilaporkan mengalami koyak otot ligamen kolateral lateral (LCL) di kaki kanannya.
Setakat ini, Real Madrid telah memanggil pemain itu kembali ke pusat rawatan pasukan dan masih belim mengetahui tempoh rawatan yang diperlukan Camavinga.
Dalam media sosial pula, penyokong mendakwa Dembele secara sengaja mencederakan Camavinga kerana dia merupakan seturu utama FC Barcelona.
Untuk rekod, Dembele pernah beraksi bersama FC Barcelona dan menjadi antara pemain yang mempunyai rekod pembelian termahal daripada Borrusia Dortmund pada 2017.
Selepas lebih lima tahun beraksi untuk FC Barcelona, Dembele memilih untuk kembali ke negara kelahirannya dengan menyertai Paris Saint-Germain pada Ogos lalu. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram