Selain Arif Aiman, Matt Davies tabik kualiti 2 lagi bintang Harimau Malaya


  • Podium
  • Jumaat, 17 Nov 2023

Sebahagian aksi menarik ketika Dion Cools cuba merampas bola daripada pihak lawan. — Facebook/FAM

HARIMAU Malaya meraih tiga mata penting dalam aksi pembukaan Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 setelah menundukkan Kyrgyzstan di laman sendiri dengan keputusan 4-3.

Kemenangan dramatik itu diiringi oleh sorakan dan sokongan penyokong tanah air yang turut hadir memberikan semangat kepada barisan pemain kebangsaan.

Meskipun ketinggalan 1-2 pada babak pertama, hasil kerja keras setiap pemain dan sokongan daripada ekor Harimau Malaya membuahkan hasil apabila pasukan kebangsaan berjaya bangkit sehingga meraih tiga mata penting.

WhatsApp Image 2023-11-17 at 10.58.25

Empat assists Arif Aiman bantu Harimau Malaya raih tiga mata penting. — Facebook/FAM

Pemain pertahanan kebangsaan, Matthew Davies melahirkan rasa syukur kerana dapat membantu pasukan kebangsaan mencatat kemenangan dalam aksi penuh dramatik tersebut.

"Satu keputusan yang positif dan kita mula langkah kanan untuk kempen ini," katanya kepada Majoriti.

Meksipun tidak dapat beraksi dalam pembukaan perlawanan kempen Kelayakan Piala Dunia, kek kanan Harimau Malaya itu turut mengakui kualiti yang ada pada pemain tengah Johor Darul Takzim (JDT), Afiq Fazail.

"Saya kenal dia sudah tiga tahun kerana pernah bermain bersama, jadi saya tahu kualiti dia, dia merupakan pemain yang luar biasa.

"Walaupun dia tak main game ini tapi saya rasa dia merupakan player berkualiti yang akan membantu pasukan ini nanti.

"Coach lebih tahu bila dia patut diturunkan dan saya rasa dia dapat beraksi nanti," ujarnya.

Dalam pada itu, Matt turut memuji persembahan yang ditampilkan oleh pemain sayap Harimau Selatan, Arif Aiman Hanapi dan pertahanan kental, Dion Cools yang cukup memukau dalam perlawanan tersebut.

"Saya sangat setuju Arif dan Cools memang fantastic dalam game tersebut. Kedua-dua mereka bawa turning point untuk Malaysia.

"Kami amat bangga rasa mereka sangat bertuah dapat beraksi dengan pemain berkualiti seperti mereka.

"Saya bermain dengan Arif setiap minggu di Johor. Jadi, saya tahu kualiti dia," kongsinya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram