[VIDEO] 'Another level', sempat buat slickback dance masa tengah berpeluh lari berganti-ganti


  • Podium
  • Rabu, 15 Nov 2023

Tangkap layar rakaman video remaja lelaki tersebut membuat slickback dance ketika menyertai acara lari berganti-ganti baru-baru ini.

APLIKASI media sosial yang paling diminati golongan muda serta kanak-kanak pada hari ini adalah platform TikTok yang popular dengan video pendek.

Jadi, tidak hairanlah sekiranya video-video pendek yang disajikan di TikTok itu menjadi ikutan golongan muda atau kanak-kanak.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di X (Twitter), gelagat seorang remaja lelaki yang dipercayai mengikuti pertandingan larian berganti-ganti peringkat amatur mencuri tumpuan ramai.

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @DailyLoud di X, video berkenaan menunjukkan gelagat seorang remaja sempat membuat trend slickback dance ketika acara larian berganti-ganti sedang berlangsung.

Video berkenaan mendapat pujian ramai kerana pergerakan remaja itu seolah-olah terapung atau meluncur tanpa sebarang suntingan video atau helah kamera.

"Macam mana agaknya dia buat movement tu eh, tak jejak kaki langsung dekat track," kata @Aaron.

"Mantap lah budak ni, kaki letak mana sampai tak nampak jejak track," @thadon.

"Another level lah budak ni," kata @pradoking.

Video remaja tersebut mendapat 16 juta tontonan di Twitter.

Begitupun, tidak dapat diketahui sama ada kuartet tersebut menamatkan saingan di kedudukan podium ataupun tidak. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram