[VIDEO] Niat nak rebut bola, pemain Besiktas cedera muka terkena siku lawan


  • Podium
  • Rabu, 15 Nov 2023

Tangkap layar rakaman video jelas terlihat Zaynutdinov (kiri) disiku oleh pemain pertahanan pasukan lawan. — Agensi

PERTEMBUNGAN Liga Turki antara pasukan Besiktas dan Basaksehir Istanbul dicemari dengan kontroversi selepas pengadil perlawanan tidak membuat keputusan yang tepat dalam aksi tersebut.

Perlawanan tersebut bagaimanapun menjadi kecoh apabila insiden ganas terjadi yang melibatkan pemain kedua-dua pasukan.

Menerusi satu perkongsian video di X (Twitter), kelihatan pemain sayap Besiktas, Bakhtiyar Zaynutdinov yang dilihat cuba merampas bola daripada pihak lawan berakhir dengan insiden memilukan.

Dalam video tersebut, ketika Zaynutdinov cuba merampas bola tetapi dia disiku di bahagian mata oleh pemain pertahanan lawan, Jerome Opoku sehingga menyebabkan kelopak matanya terkoyak dan memerlukan jahitan.

Zaynutdinov bagaimanapun tidak dapat meneruskan permainan disebabkan kecederaan tersebut namun difahamkan pengadil perlawanan tidak memberi sebarang kad kepada pemain lawan.

Pemain berusia 25 tahun itu dikeluarkan untuk memberi laluan kepada rakan sepasukan untuk meneruskan permainan.

Dalam perlawanan tersebut, kemenangan menjadi milik pasukan tuan rumah dengan keputusan 1-0 apabila Jackson Muleka mencetak jaringan pada minit ke-55. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram