MOM hantar bantahan rasmi ke Hannah Yeoh susulan tindakan PJS ancam batal pendaftaran


  • Podium
  • Jumaat, 17 Nov 2023

Norza Zakaria tidak berpuas hati dengan tindakan Suhardi Alias yang mahu batalkan MOM. — Agensi

MAJLIS Olimpik Malaysia (MOM) akan mengemukakan bantahan rasmi kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh susulan tindakan Pesuruhjaya Sukan (PJS), Suhardi Alias, yang dilaporkan mengancam untuk membatalkan pendaftaran MOM, baru-baru ini.

Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria menyifatkan kenyataan sedemikian adalah satu tindakan yang tidak wajar daripada Suhardi kerana status MOM selaku badan payung persatuan sukan kebangsaan dijamin dalam Akta Pembangunan Sukan 1997.

"Kenyataannya, andai ia benar, melambangkan niat jahat daripada Pesuruhjaya Sukan.

"Walaupun MOM tidak berada dalam perjumpaan berkenaan, ugutan itu dikeluarkan tanpa sebarang sebab,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan pada Jumaat.

Biarpun enggan membuat kesimpulan secara terburu-buru, Norza menuntut Suhardi menjelaskan keadaan sebenar memandangkan kenyataan dibuatnya disifatkan melampaui batas.

spo-o-suh_HMfield_image_socialmedia.var_1692086695-1170x614

Suhardi merupakan Pesuruhjaya Sukan Malaysia. — Agensi

Beliau pada masa sama juga mengarahkan Setiausaha Agung MOM, Datuk Nazifuddin Mohd Najib, mengambil tindakan sewajarnya dengan mengemukakan bantahan, jika ia benar berlaku.

Klip audio berdurasi satu minit 20 saat tular menerusi aplikasi WhatsApp memetik Suhardi mengugut membatalkan pendaftaran MOM.

Rakaman perbualan itu dipercayai dibuat ketika perjumpaan antara Suhardi dan dua kumpulan mewakili kelompok pucuk pimpinan e-sukan berhubung pendaftaran dan keahlian antarabangsa sebuah badan induk sukan berkenaan pada 14 November lepas. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram