'Mutually agreed' tapi 2 perlawanan libatkan Kelantan ditunda menyusahkan penyokong


  • Podium
  • Khamis, 16 Nov 2023

Kelantan FC sudah menundakan tarikh perlawanan sebanyak dua kali. — Facebook/TRW Kelantan FC

PADA waktu ini, tumpuan seluruh penyokong bola sepak negara tertumpu kepada aksi Malaysia menentang Republik Krgyz pada Khamis dalam misi untuk ke Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027.

Walaupun tumpuan terarah kepada Harimau Malaya yang akan beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil, kancah bola sepak tempatan juga tidak kurang sunyinya.

Perlawanan liga memang tidak dijalankan ketika Harimau Malaya berlangsung, tetapi cerita-cerita panas tetap akan keluar dan mencuri tumpuan penyokong.

Badan penganjur liga, Malaysian Football League (MFL) mengumumkan terdapat perubahan jadual perlawanan melibatkan Kelantan FC dan Kedah Darul Aman (KDA) FC.

Menurut MFL, perlawanan yang sepatutnya diadakan pada 24 November (Jumaat) telah dipindahkan ke 26 November (Ahad) dengan masa sepak mula turut berubah dari 8.15 malam kepada 9.00 malam.

Perubahan ini dikatakan kerana persetujuan oleh kedua-dua pasukan yang mahu membawa aksi tersebut ke tarikh baharu.

Ini bukan kali pertama pertukaran tarikh perlawanan melibatkan Kelantan. Sebelum ini, perlawanan mereka melibatkan Sabah FC yang dijadualkan pada 3 November juga mengalami perubahan.

Melihat kepada perubahan tersebut, penyokong nyata berasakan Kelantan adalah punca kepada perubahan tarikh dua perlawanan tersebut.

Pada mereka, ia dipercayai kerana Kelantan telah menyusahkan semua pihak termasuklah penyokong yang sudah bersedia untuk turun ke stadium.

"Dengar-dengar ada yang dah ambil cuti awal nak away day sekali jadual berubah. Ini sangat hebat," kata penyokong bernama Mrr Silentt.

"Menyusahkan orang saja. Sudah beli tiket kapal terbang siapa nak ganti?," soal Mohd Khairul.

"Cuba bayang penyokong yang sudah beli tiket bas awal-awal, siapa nak tanggung?," ujar Ahmad Shamil Zuriman.

"Inilah pasukan Kelantan memang beginilah bukan KDA saja dia tunda, lawan Sabah pun sama. Sudah dua kali ditunda sampai sekarang tak lawan, apa yang Kelantan mahu sebenarnya, kerja tunda perlawanan saja," kritik Herman Mann.

358977485_836492568211003_8286158357168157799_n

Perlawanan yang ditangguhkan melibatkan Kelantan telah menyusahkan penyokong. — Facebook/TRW Kelantan FC

Ada penyokong yang turut berpendapat kerana jadual yang sering berubah-ubah menjadi punca Liga Super tidak mendapat sambutan.

"Inilah (Liga) Malaysia, jadual perlawanan susun tiada arah tuju tetap," kritik Afiz Nurshazaf Abdullah.

"Faktor liga tak meriah tahun ni. Jadual perlawanan jadi 'rojak'. Sekejap dua minggu ada satu perlawanan, kadang-kadang satu perlawanan dalam sebulan. Penyokong hilang ghairah nak menyokong," komen Rady Rashid. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram